There was an error in this gadget

Thursday, July 21, 2011

mahukah kita menjadi orang yang tidak berjaya??


saat kita merangkak, dan pandai berjalan.... saat kita disuap dan makan sendiri... dan saat kita dikenali dan mengenali... saat saat itu mungkin sudah dilupakan memandangkan setiap hari adalah lembaran baru, buku baru dan semuanya sejarah....

semasa kita masih kecil, kita dibimbing untuk bergerak dan berdikari... kita di ajar dan dilatih dengan sedaya upaya ibu bapa... ibu bapa merupakan orang yang paling rapat dengan kita... namun bukan semua yang bernasib baik jikalau anda adalah anak angkat....

dalam menerjah realiti, setiap hari kita berlajar, namun bergantung pula pada penerimaan kita sama ada kita mahu menerima dengan terpaksa atau sebaliknya...

bercakap mengenai menjadi orang yang berjaya... sejak dari kecil la kita perlu sedar yang kita perlu berjaya... jangan mengharap orang disisi kerana kita sebagai manusia akan menempuhi suatu hari yang mendatang yang tidak boleh diramal.... apa sahaja halangan, kita tempuhi sendiri...

kenapa kita perlu berjaya??? kenapa aku bercakap mengenai kejayaan? semua orang dalam dunia mahu berjaya... tapi adakah kita mengecapi kejayaan itu??? tanya sama diri... lambat laun kita akan tua... selagi kita ada tenaga dan kudrat.. selagi itula kita gunakan tenaga kita untuk meneliti kejayaan...

kejayaan sama ada mahu jadi kaya, dapat pekerjaan yang baik, ataupun keluaraga yang bahagia ... bergantung pada diri... kenapa aku sentuh kejayaan di masa muda? sebab aku penah mendengar sesalan dari orang yang tiada peluang untuk study... tiada peluang untuk berjaya... dan tiada peluang untuk mendapat pekerjaan yang baik... dari orang yang agak berusia...

itu bukan juga bermakna dia tidak berjaya... tapi nasib pula tidak menyebelahi...

satu hari nanti, kita akan menjadi seorang ibu bapa... adakah kita mahu menjadi ibu bapa yang tidak berjaya?? pilihan kita ditangan kita sendiri... pilihan bukan atas dasar orang lain... pilihan bukan juga ditentukan... tetapi kita yang memilih pilihan sama ada kita mahu berjaya atau sebaliknya...

ingatlah satu perkara, usaha kita selama mana didunia jika diiringi dengan doa, pasti kita akan berjaya, walaupun nasib kita tidak selalunya baik, cuba kita berlajar dengan tangan terbuka... bukan bermakna kita redha atau berputus asa, selagi mana kita ada usaha, kita buat! kita laksanankan! dengan penuh keazamaan, tekad dan kesabaran... supaya kita berlajar satu lagi perkara.... tidak mengharap belas ihsan orang lain....

No comments:

Post a Comment