Wednesday, July 20, 2011

kebenaran yang membawa kesakitan


kali ni aku nak menceritakan serba sedikit kejadian yang mengundang seribu persoalan yang memungkinkan kita untuk berfikir sejenak... mengapa kebenaran kini palsu????

tidak kira dalam pelbagai situasi dan keadaan, kebanyakkan kebenaran memang menyakitkan, berselindung di sebalik tipu daya yang diputarbelitkan, tersingkap seribu alasan yang munasabah hingga menutup kebetulan,,(wah begitu sekali ayatku)

dalam mengecapi sesuatu impian, penipuan menjadi satu agenda. dalam persahabatan atau percintaan, PENIPUAN selalu diutamakan... penipuan dari segi senyuman, penipuan dari segi percakapan dan penipuan dari segi tingkah laku...

ikhlas dalam menacapai sesuatu matlamat amat jarang kerana hati manusoa tidak dapat diramal... adakalanya, hati kita suka, tetapi tingkah laku menolak. adakalanya kita bercakap "benar" tetapi terselit agenda. dan adakalanya kita sentiasa ceria dan gembira tetapi di rumah porak peranda...

bukan mudah mengenali hati manusia... sehingga dia mula menceritakan masalah... masalah bukanlah satu kebenaran tetapi satu jalan untuk mengenali seseorang itu... maksud aku, keakraban akan lebih erat sekiranya hatinya diketahui dan kita cuba menyelesaikan apa yang tersirat baru lah kita faham akan dirinya...

kebenaran bukan bermaksud menceritakan aib sendiri.. tetapi kebenaran lebih menjurus kepada berkongsi perasaan kita , mempercayai antara satu sama lain... dan yang penting saling nasihat menasihati... namun segelinitir manusia sahaja yang berbuat demikian...

bagi aku... aku mahu mengetahui kebenaran... dan harap aku bersedia setiap masa kerana kebenaran menyakitkan... satu saja yang aku harapkan, aku harap, kesetiaan menjadi pedoman, gelak ketawa kurangkan, kesedihan tapiskan dan keimanan diutamakan,..

kalau kebenaran yang aku dengar, aku akan berdiam dan berfikir sejenak kerana pasti ada jalan penyelesaian... last but not least, aku tulis blog bukan untuk menyinggung mana2 pihak... tetapi kepda semua pembaca yang sudi berfikir.... jangan jadi hipokrit dalam semua situasi dan jangan pula jadi tak tahu malu dalam semua perkara, jadi diri sendiri namun jadilah yang terbaik di antara semua... k la adiosss!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment