Sunday, June 23, 2013

cinta itu mahal

CINTA.... itulah perkataan yang mahal bagi aku untuk bagikan pada sesiapa... maklumlah, cinta dan mecintai bukan mudah. ia memerlukan satu nafsu dan juga pengorbanan dalam mengenal erti setia dan kejujuran... MALANGnya bagi aku... aku tak pernah merasa cinta yang betul-betul cinta....

tipu kalau aku cakap aku tak suka orang... tapi untuk mencintai orang tu, jauh sekali... sebab cinta bagi aku satu kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. memangnya cinta itu sangat sukar... ramai pula yang cakap... "tak payah nak bercinta dahulu... berlajar dulu". tapi hakikatnya, dari suka kepada cinta tak boleh di halang... halang la bagaimana sekali pun... itu sudah lumrah manusia... bertemu, kenal, memahami, meneliti dan menyintai...

tapi bagi aku... kisah cinta adalah satu angan yang sia2... aku naif mengenai cinta... walaupun aku tak pernah rasa cinta... tapi aku tahu, bila dah terikat, segala tindak tanduk kita akan diperhatikan... kita mesej ngan siapa, even jumpa pun... pergerakkan kita akan di kawal oleh orang yang menyanyangi kita... KESETIAAN dan KEJUJURAN merupakan kunci... tapi ramai yang cakap pada mulut,,, tidak pada hati kerana masih banyak pilihan yang dia mahu pilih...

ROSAK makna cinta itu kerana perkataan "BIASALAH..." kenapa? "BIASALAH KALAU BECINTA MESTI NAK CURANG.."  bagi aku... shut up kalau tak pandai nak MENGHARGAI pengorbanan orang.. hanya kerana dilukai... haruskah yang lain menjadi mangsa??? kejam namanya kalau meletakkan harapan yang tinggi tapi tidak merealisasikan apa yang diungkap...

aku pernah dalam dilema... sakit kerana menyintai orang yang tak menyintai kita lagi...SAKIT kerana menghargai dan setia pada orang yang tak setia pada kita lagi... BODOH? BANGGANG? BULLSHIT? memang lah orang cakap mcm tu sebab kebodohan untuk menyintai orang yang tak menyintai kita lagi... tapi adakah dia sedar yang dia pernah BERADA DI SITUASI YANG SAMA? manusia cepat lupa yang dia juga pernah meronta-ronta disebabkan cinta...

jawapan kepada persoalan ini ialah... ORANG YANG KENAL ERTI CINTA SAHAJA MAMPU UNTUK SETIA DAN INGAT KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN CINTA KERANA CINTA ITU HANYA SEKALI BUKAN UNTUK YANG KEDUA DAN YANG KETIGA. FITRAH MANUSIA HANYA MAMPU BERKATA TETAPI TIDAK PADA HATINYA KERANA NILAI DIRINYA SANGAT RENDAH APABILA MENYINTAI, DIA HILANG DUA PERKARA IAITU, SETIA DAN JUJUR. KALAU DIA SUDAH BERLAJAR UTK TIDAK SETIA... TIDAK MUSTAHIL DIA AKAN BERBUAT SEKALI LAGI... walaupun kita mencari... tetapi biarlah yang ditinggalkan itu betul2 bersedia utk ditinggalkan kerana rasa rindu dan memori yang manis tetap berlegar dalam fikiran...

kesimpulannya... CINTA ITU ADALAH SATU ANUGERAH YANG BUKAN TERLETAK PADA KATA TAPI PADA HATI...

Monday, June 3, 2013

lembaran baru...

setiap kehidupan perlu diketuk kesedarannya terhadap alam maya.... adakalanya kita terlalu leka dan alpa bahawa semua ini hanyalah sementara...

bila dikatakan SEMENTARA... setiap perjumpaan pasti ada perpisahan... yes! PERPISAHAN... saat itulah yang aku paling sedih sekali sebab bila bersama perlu berpisah...

banyak perkara yang bermain di minda aku skrg... ada orang tak sabar nak kuar drpd upsi ni... ada org gak yang mmg nak kekal kat upsi ni sampai sem 10... tapi aku... aku nak dekat dengan junior supaya aku boleh memberi sedikit ilmu dan terus belajar bersama dia orang...

tapi aku akan pergi juga meninggalkan upsi... dengan seribu kenangan yang manis ... dan sentiasa bermain diingatan... kesedihan kegembiraan.. semua dah rasa... minda pun dah terbuka... aku lebih yakin berbanding dahulu... mijan yang dulu dah takde... mijan yang dulu sangat pendiam, penakut, bodoh, asyik sedih dan murung... tapi mijan skrg telah berubah....

lembaran baru kian terasa... melangkah saja daripada upsi ni... ada banyak perkara yang aku kena fikir... nak cari duit... nak kerja dan sebagainya... mmg itu yang menghantui aku... tapi aku tetap yakin sebab aku mahu menjadi bisnes man satu hari kelak... aku nak jadi kaya dan mengejar cita2 aku yang aku pendam... aku nak sempurnakan kehidupan ibu bapa ku... aku nak berkongsi dengan apa yang aku ada... dan inilah janji aku...

aku mahu rampas kembali kesengsaraan aku yang berlanjutan semasa 12 tahun... aku mahu bahagia dengan apa yang aku rasa cukup sebagai seorang manusia... Allah dah bagi bakat... dan aku harap aku gunakan bakat itu sepenuhnya...

ya Allah... walaupun kau memberi aku bakat... aku rasa diri ku tetap hina dan bodoh disisi mu tuhan... aku adalah manusia yang masih jahil dan munafik... maafkan aku seandainya aku berbuat dosa tanpa sengaja... dan aku tahu... satu hari kelak aku akan ke rumah mu... ke makkah.. ak ingin mengadu sepuas puasnya... aku ingin mencari ketenangan d sana kelak... dan seandainya aku mati... tempatkanlah aku di kalangan orang2 yang beriman...

ya Allah.. kurniakan aku satu petunjukdan hidayah utk berjaya di dunia dan akhirat. niat aku... untuk menjadi seorang guru... dah Allah makbulkan... thanks Allah... masa kecik2... aku main isi je apa cita2 aku... bila dah besar... semua tu satu kenyataan... cikgu aku pernah cakap... satu hari nanti... korang ada topi segi empat... tapi aku tak yakin... sebab aku tak rasa pun akan masuk universiti sebaliknya kerja mcm orang lain...




apalah yang nak diharapakn budak yang berambut tempurung kelapa ni dulu ... tapi itu sudah berlalu... alhamdulilah... Allah jadikan sikap aku dan perwatakan jauh sekali berbeda.. namun, aku tak akan lupakan asal aku dan siapa aku...aku tetap mijan yang dulu... di luar nampak happy... di dalam tetap mijan yang dulu.. mijan yang sentiasa naif dan inginkan syurga dalam neraka.... :)

aku rasa takut dengan kejayaan...

tajuk di atas pun dah pelik... tapi aku makin takut dengan nikmat dunia dan kesenangan yg aku dapat... bukan bermaksud kesenangan yang melapangkan dada... tapi kesenangan yang boleh menyebabkan kita riak dan takabur...

aku takut bila aku sombong dan berbangga diri.. aku tak pernah nak suka kalau aku berjaya... diluar mmg aku nampak suka... tapi dalam hati siapa yang tahu aku kerap menangis...

kadang2 aku melihat kawan2... aku risau. apa yang mereka fikirkan mengenai aku... walaupun adakalanya kita kadang2 betul... tak semua orang bleh terima kita... bagi aku, mmg iyer pun kalau ada sesetengah manusia tu benci kat kita kerana kejayaan kita...

dalam hati, tak pernah terlintas pun aku nak berbangga... dan aku bukan jenis yang mcm tu... kejayaan yang aku dapat, adalah di kongsi bersama dan kepuasan diri...

kalau aku nak cerita balik kisah aku yang dahulu... aku tidak ada peluang langsung untuk berjaya... bukan semua orang faham kalau aku dibuli dan di hina tanpa belas ehsan... sedikit pun aku tidak pernah tersenyum... yang aku tahu cuma menangis dalam hati...


bertapa bodoh dan hinanya aku dahulu.. aku bukan siapa2 di mata semua orang.... bahkan keluarga aku sendiri... aku sedih dan tiada siapa yang peduli... aku bangkits sendiri.. aku tiada kawan... mujur sekolah menengah aku ada sahabat baik...

sekarang, aku dah boleh merasai kejayaan... dan kejayaan itu aku kongsi sebab aku nak buktikan... yang aku mampu setanding dengan orang yang berjaya.... aku tidak pernah berjaya... dan inilah masanya... malangnya... semankin aku berjaya...semakin itu lah aku rasa takut... takut dengan riak dan bongkak...

aku selalu mengajar orang... kerana aku mahu buktikan yang aku bukan mijan yang dulu... aku sudah kuat ... apa yang menyebabkan aku sebak... aku merindui aku dahulu berbanding skrg... kadang2 ada baiknya kita diletakkan di tempat yang sepatutnya daripada berganjak... tapi anjakan paradigma kena ada...

ntahlah... aku mungkin keliru... kerana kejayaan di dunia bukan penentu kepada kejayaan di akhirat... akhir kata... aku mmg nk syurga... itu impian aku dari kecil  walaupun impian itu pernah diperlekehkan oleh kaan aku sendiri...

ibu... ayah... impian mijan sebagai seroang anak mu telah berubah... daripada takut, kepada berani... daripada bodoh kepada pandai... daripada pendiam... akhirnya aku boleh berbicara...

cuma satu aku minta ya Allah... jangan sesekali timbulkan rasa bongkak dalam diri... jadikan aku seorang yang sentiasa rendah diri dan selalu menyayangi sahabat yang berdekatan... ya Allah... kurniakan kawan2 ku pedoman... dan hadiahkan mereka kemenangan di dunia dan akhirat.. :) kepada ibu bapa aku... tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman seandainya tiba masanya....amin...

Tuesday, May 28, 2013

bila kami bergelar juara


syukur alhamdulilah apabila kami bergelar juara untuk FESTIVAL TEATER 2013 ... dengan merangkul 3 anugerah yang meletop letop... orang kata tuah ayam nampak di taji... tuah manusia siapa yang tahu... malam tu tak di sangka sangka diumumkan sebagai johan... cukup sekali seumur hidup... aku berjaya memabawa nama budak seni naik seiring dengan budak kos lain... jadi jangan pandang rendah pada budak seni yang selalu bertukang d studio tapi hebat di bidang lain juga....

bercakap pasal teater ni... mula2 sekali pemilihan skrip... dalam tangan i ada 10 skrip dan tajuk yang pertama sekali dan merasakan sst yang menarik ialah "nyonya" i tak tak tahu kenapa tapi i dapat rasakan skrip nyonya ni sangat best...lepas tu ingat kan boleh main pilih.... rupa2 nya main undi... ALHAMDULILAH... nyonya cun2 terkena kat tangan aku... tapi dalam bahasa indonesia... ambik kooooo.... 

sejurus selepas itu (tak menahan ayat) i bagi tahu nabel selaku penggalak i nak masuk festival teater... dia cakap go on je... dan nama ARTPHOBIA  ni diperoleh waktu nabel pulang dari kem... so i sangat PHOBIA... jadi i pun go on jer...

okay2 bercakap pasal produksi...ni lah yang i nak cerita... i langsung tak tahu apa2 siapa yang patut i cari dalam produksi... dia nak ada 20 orang... dan i tak tahu jawatan apa yang patut ada... maklumlah... i ni takde ilmu langsung dalam teater... apatah lagi nak membina produksi... setahu i... produksi ni sangat susah untuk ditubuhkan sebab perangai masing2... jadi i post la iklan nak ambil produksi bagai... susah sangat2 sebab i kutip orang ceruk2 studio kauuuu... ceruk2 facebook... kebanyakan nya semester 2... adik2 yang i tak kenal tapi lama2 i kenal...

masa pembinaan produksi ni, i pergi jumpa pensyarah teater... yang i tanya... apa yang patut ada dalam produksi??? tu jer... pas tu balik... hehehehe... sbb i tak tahu nak tanya benda lain. jadi kita ada pelbagai jawatan yang menarik dalam produksi. 

nak dipendekkan cerita... produksi i ni terdiri daripada pelbagai semester dan mahu berkhidmat secara sukarela... masing2 takde pengalaman dalam produksi... dan otak aku sikit lagi nak meletop sebab aku pun takde pengalaman... tapi dengan berbekalkan kata2 pensyarah ... i bagi tugas tu dan mengikut kefahaman i...

bercakap mengenai pemilihan pelakon... sangat susah... bukan semua pandai berlakon dengan bagus... dan menghayati skrip dengan baik. terus terang i cakap... nak bina watak dan perwatakan... bukan senang... i perlu jatuh cinta pada skrip tu... so i buat lah script reading katanyer... i dengar suara sorang2... tapi masa tu biarkan aja dia orang baca2 sampai i jumpa ton endon....

pelakon nyonya iaitu nabell... masa i nak ambik dia... i pujuk sebab dia paling layak dapat watak tu... mmg serius dalam hati i... nabell tak nak... tapi mungkin sebab dia rasa serba salah... dia lakukan juga demi produksi ni... manakan tidak... sebab dia yang menggalakan i... i ni pun bukan jenis yang boleh dicabar... jadi i ambik jer... so i ambik nabell sebab i tgk, dia ada watak dekat luar yang i suka... ganas, peramah dan konfiden... 

dan i melihat jane masa pembacaan skrip... kelebihan jane ialah dari segi intonasi dia bercakap dalam bahasa indonesia... maklumlah.. dia org sabah... jadi not bad... bila bercakap dalam bahasa itew... dan bila i tgk jane ni... dia mmg tak banyak bercakap... dan dia sebenarnya seorang yang pemalu... tapi dia selalu minta maaf kalau dia tak dapat lakukan... hahahah.. dlama hati i.. u boleh cuma u malu... tapi nak tak nak... kena all out... akhirnya... good job jane!!! pas ni... jangan pandang jane sebelah mata.

dalam nyonya ni...ada 6 pelakon... i cari lagi watak untuk ponakan (anak tiri nyonya) ada 3 ponakan yang perlu di cari... dalam hati i masa tu... i nak sorang lelaki yang melakonkan watak ponakan... i nak dia jadi aset untuk menarik orang utk lihat teater kami... jadi alhamdulilah... i dipertemukan dengan tembi bin morni... i pilih dia sebab i rasa dia ni gila2... lagi satu, muka dia ada mcm perempuan sedikit... yang untungnya lagi, rambut dia tu yang kedepan dapat menjimatkan bajet untu beli rambut palsu hahahaha.... so i pilih dia... dan alhamdulilah,, betul tekaan aku... dia dapat membawa watak itu dengan baik sekali .... pas tu ponakan b dan c... ni yang payah ni... i terpaksa cari 2 lagi pelakon yang gedik. i dipertemukan hani... sebab ada yang layak, tapi tarik diri... so i tak leh buat apa...


bercakap pasal hani (penjual printer ) i langsung tak kenal dia sehingga i kenal dia masa buat iklan rasuah... jadi hani ni ada pakej. muka cantik tapi perangai dia brutal... (nak buat mcm mana) so lagi sekali i cakap... hani ni boleh membawa watak gedik dengan sangat baik begitu jugak dengan sorang lagi ni... al lea...dia ni pelajar yang berpratikal kat upsi... dan asalnya budak ums... jadi i ambik dia sebab i tahu pratikal membosankan... lagi pun dia cakap dia ada pengalaman dalam satu2 produksi... so i ambik dia berlakon... syukur sangat2 walaupun pakai jubah g kelas... sekali gedik... meremang bulu kaki i hahahahahah.... tapi BILA DAH JOHAN.. ada je mulut cakap... kenapa tak ambik student upsi... kenapa tak ambik budak sem tettttt.... DALAM HATI I... MASA I NAK CARI PELAKON... MANA MUKA KORANG ? TAKDE PUN NAK TAWAR DIRI.  tapi i senyap je... malas nak bising... sbb Allah lebih tahu kenapa kan...

so nak pilih pelakon bukan mudah ... begitu jugak dengan jawatan lain... pengurus pentas, penata cahaya, penata bunyi, juru solek, make up dan prop dan pengurus produksi... jadi i lantik ani ... ani ni sangat setia dengan i... so i nampak orang yang setia ni akan berjaya... jadi i lantik dia... i lantik ani bukan apa... muka dah garang dah... cuma tak tunjuk belang sangat.. tapi i suka org yg tegas... sebab tujuan asal... i nak didik semua anak buah i untuk jadi cikgu... jadi.... bila dalam produksi ni... mcm2 benda dia orang belajar... ALHAMDULILAH... mereka yakin untuk membuat tugas dengan baik... bgeitu juga dengan penata cahaya dan bunyi... ajiji dan ajli...(butang abjad akhir sekali rosak) mereka ni umpama adik beradik... tapi i pilih dia orang sebab chemistry... duduk pun selalu berdua... jadi bila dah ada kerapatan itu... i mmg nak juru teknikal i lelaki supaya dia orang cool bila main lampu dan audio... bab ni pun i ada memberi pengeasan sebab dia orang yang lebih penting masa pementasan sedang berlangsung... so i mmg kaw2 bagi taklimat rasmi dan banyak kali memberi urutan cerita kat dia orang.... ajiji pun tulis apa yang i cakap mcm karangan... keh2... takut lupa... ajli pula tetap cool walaupun masa pementasan tu dia lupa nak main lagu!!!!!!! hahahahha...

kalau nak cerita pasal pengurus produksi... i dipertemukan dengan akira dan dibah... sebenarnya i sangat2 lupa sebab bila kita nak buat pementasan teater... kita kena berhubung dengan orang atas juga... haiyooo... mengenai bengkel yang dibuat oleh juri... kita orang tak datang pun dan ada orang cakap... teater nyonya tarik diri... choiiiiiiiiii mulut longkang... dan i bersyukur sangat dengan akira kerana membuat kerja secara cekap dan efisyen (kuar ayat encik a) hahahah akira u r the best sebab ada suara seperti saloma!!!!

then bercakap pula mengenai juru solek dan props... uiiiisshhh memang hebat la u olls ... i tabik spring... thanks pada lisa lulu dan tengku sebab make up u olls meletop... yang penting kemahiran kita... alhamdulilah... kita ada tenaga make up yang meletop sampai sanggup menghabis make up sendiri... nasib baik johan... dapat rm 1000... boleh cover baik hahahahah... dan tak lupa jugak pada asilah, betty dan atirah... orang kuat i ni yang rapat dengan pensayarah... mujur lah dapat bertemu dengan dia orang ni... bila rapat dengan lecturer... apa lagi... ambik jelah harta dia orang buat props... thank to dr jahuri dan abah... sebab bagi pinjam props... nasib baik lah kita guna props yang era2 gitu.. era 70 an... 

bercakap pengarah dan pelakon "tuan" (diri sendiri punya cerita) i ambik produksi ni sebagai platform untuk budak seni berteater... moga2 ada platform sendiri untuk melatih vokal dan keyakinan dalam persembahan teater... sekaligus mengangkat budak seni seiring dengan budak kos lain... alhamdulilah... SENI DI PANDANG SEBAGAI SATU ELEMEN PENTING DALAM TEATER. jadi sapa kata seni tak penting???? sapa kata budak seni hanya bertukang di studio dan tak mampu fokus dan bahagikan masa? jadi terus terang i cakap... produksi ini telah membuktikannya bahawa... kita punya ada masa... cuma keinginan kita lagi yang perlu dipertingkatkan... 

kalau bercakap pasal tuan... terus terang... i tak nak bawak watak tu sebab i pegang jawatan pengarah. so i lantik safwan untuk jadi tuan... dan i rasa beban i berkurangan... tapi sebenarnya... safwan tidak sesuai dan dia tarik diri... tapi dalam hati i... dari saat dia baca skrip.. i tahu dia tak sesuai watak tuan tu... cuma i bagi dia peluang dalam produksi ini untuk terus tinggal sebagai jawatan dalam pengarah dan penolong kepada pengurus pentas... syabas kepada safwan sebab dia lakukan dengan baik... walaupun i terpaksa pegang 2 peranan .. pengarah dan pelakon... tanpa safwan... mmg tak akan menjadi... sejujurnya.. kalau tidak menjadi pelakon... tapi melihat bagaimana produksi ini bertindak... itu pun dah cukup sebagai satu wadah dalam pembelajaran dan pengalaman... 

terima kasih juga kepada wan sha... anuar dan ajwan... yang membantu kami di saat2 akhir... tanpa korang jugak... produksi ini tak akan berjalan lancar... sebab korang ada dalam bahagian dokumentasi dan pengiklanan sebenarnya... tapi semua gambar bergegar mcm kena sakit parkinson... stressss hahahahahhaha... tapi tak per... as long ada video its fine :) hahahaha... 
so... akhir sekali... apa yang i nak cakap kat sini... SYUKUR ALHAMDULILAH SEBAB BAGI PELUANG KEPADA KAMI WALAUPUN ADA URA2 MENGATAKAN PEMENANG TELAH DITENTUKAN... segala konspirasi tak diketahui... tapi nyonya sebuah naskah yang hebat!!! 

selaku pelakon lelaki terbaik dan pengarah terbaik... (cheiwahhhhhhhh choi sesangat) i nak undur diri... jika ada silap dan salah masa i jadi pengarah... i minta maaf sangat2... sebab walaupun i ni kadang2 main sembur jer... tapi mcm tu lah i kat sekolah... yang penting... kita berkeja dalam tanpa konflik... dan selalu happy..!!!! minta maaf kat korang... sbb tanpa korang... sapalah aku ni... di harap.. kita majukan lagi produksi ini... buat pelbagai dokumentasi mengenai studio anda... dan bagi yang terbaik utk produksi ini!!!!!!! dan piala pusingan itu kalau blh simpan sampai 3 kali berturut turut... ingat!!!! menghayati sesuatu GUNA HATI... bertindak GUNA AKAL dan yang paling penting HIPOKRIT KETIKA PEMENTASAN JANGAN MENIPU BILA DILUAR. haahahahhahaha





Wednesday, May 15, 2013

16 mei... hari paling sedih.

16 mei merupakan hari guru.... tapi tidak menjadi satu kepentingan buat ku apabila aku mengingat kembali tarikh ini. sangat pilu masa aku berada disekolah rendah. perit sakit... semua aku rasa kerana aku bukan budak yang bijak. aku tak pernah mendapat kawan dan aku sering dibuli.

aku masih ingat lagi tentang hari guru ini.  masa tu aku tak tahu apa nak bagi pada cikgu aku... mak aku cakap... ko ambil lah bunga plastik ros biru dekat atas meja tu. jadi aku ambik dan buat hadiah. setibanya aku di kelas... ramai kawan2 ku mempunyai hadiah yang besar2... mereka menunjuk nunjuk pada ku. dan aku sedar hadiah aku bukanlah seberapa. sekadar ada... aku tidak kisah semua tu

jadi masa sesi bagi hadiah tu... aku bagi dekat cikgu tu dengan perasaan takut. apa yang menyedihkan aku adalah. bila cikgu tu keluar mambawa hadiah...kawan aku cakap dekat aku...

"mijan cuba ko tgk kat luar tu"
"apa dia"
"tu kat tong samaph tu"

apa yang mengejutkan aku ialah... bunga ros aku yang tak seberapa itu dibuang ke dalam tong sampah...

masa tu, aku sedar siapa aku di mata seorang guru...
aku sedar aku kurang bijak
aku lihat diri aku dibuang dalam tong sampah
aku tidak mennagis, sedih dan tergamam
cuma aku takde perasaan yang dapat diungkapkan....

aku terfikir... hina sangatkah aku sebagai seorang murid yang kurang bijak... kenapa cikgu tu buang hadiah aku... apa salah aku....

aku tak pernah benci utk jadi manusia... aku tahu inilah yang mengajar aku jadi lebih tabah...dan kali ini... aku berdiri sebagai seorang guru...

alhamdulilah... aku berjaya menjadi manusia... apa yang dinilai oleh orang2 dulu ternyata meleset...
lihatlah... Allah ada rancnagan yang terbaik utk aku... ... terima kasih Allah.... cuma kenangan ini masih kekal dalam ingatan dan... setiap kali peristiwa ini kembali menghantui... setiap kali itulah aku mengalirkan air mata...dan bunga mawar menjadi petanda...

Monday, April 22, 2013

jauh dari sudut hati..

tajuk pun mcm tajuk sebuah buku novel... maklumlah, penulis novel... konok la... tapi tak pernah habis pun ... heheheh... tapi kalau berbicara mengenai hati... mungkin ramai yang tak tahu aku ada split personaliti...

orang tak kenal aku mmg cakap aku sombong... bukan aku tak tahu orang mengata aku dari belakang... daripada sumber2 yang boleh dipercayai... aku tak kisah semua tu... yg penting, ada jugak orang tak boleh tengok kita bahagia dengan anak bini...

manusia... mana2 pun rasa gelisah kalau melihat orang yang lebih bagus atau dia tak kenal sendiri dengan empunya badan... ngumpat dan memburukkan org lain... itulah kerja org yang dengki kat aku... aku adalah aku... takde kena mengena dengan hidup careka rama dia org... yg penting, ada duit bagi kat aku makan? ada cebok bontot aku? takde kan?? hahahaha...

dan aku tak kisah sebab apa yang mereka cakapkan itu tidak benar sama sekali... orang boleh andaian macam2... tapi ingat... jangan sampai fitnah iorang... fitnah tu lebih besar dosanya...

kalau kita tak nak mengata... kenapa kita tidak bertanya sendiri kepada empunya badan... betul ke ko ni sombunk? betul ko ni jahat? betul ke apa dia cakap tu? kenapa tak tanya direct... tu namanya PENAKUT.

so kalau berani, tanyalah pada empunya diri... jangan mulot seperti longkang. jaja cerita... walhal aib sendiri ntah2 lebih teruk lagi... aku tak de hak nak tutup mulut orang... tapi aku ada hak utk bercakap kalau dah melebih dan mencabar kesabaran aku...

manusia mana yang sempurna... cuba cerita sikit,... kalau nabi muhammad... aku percaya, tapi korang2... hah!!!! jangan la bajet bagus... dan aku tak pernah rasa aku bagus sangat... kalau rasa mcm tu ... tegur2 lah ye... aku sedia menerima pandangan...

sejujurnya... aku bukan peramah, aku seorang yang pendiam... bercakap bila perlu sahaja... then aku tak selesa kalau org yg baru kenal... kalau org yg aku kenal... lebih dari tu aku boleh... cakap pun mcm corong radio...

aku suka buat orang ketawa... dan kadang2 mulut aku tak bertapis... tapi itulah aku... aku jujur apa yang aku rasa sebab walaupun orang tak dapat terima kebenaran.. tp satu hari nanti jangan lah jadi orang yang menafikan benda yang halal... benda yang haram di makan..so aku bukan jenis yang hipokrit...

akhir kata, kalau nk kenal ngan aku... silakan... then baru boleh buat andaian... sama ada...ko boleh cakap aku sombong atau tidak...

Saturday, April 20, 2013

hobi buat video

tup tup tiba2 pula bergiat dalam industri perfileman... perghhh filem terus... mimpi di siang hari... tapi aku tak kisah sebab angan2 aku selalu jadi kenyataan... hahaha bukan poyo tapi, apa yang aku angan kan selalunya jadi kenyataan ... :)

bercakap pasal iklan pendek memang susah sikit la sebab nak fikirkan banyak benda... konsep, idea, dan kontent merupakan satu benda yang kena masuk ... tapi bagi aku... insyaAllah aku blh lakukan... berbekalkan semangat. dan pengetahuan aku yang secoet...

urmm bercakap pasal mana datang nya hobi membuat video..  rasanya memang aku minat kot... dalam hati aku... aku mahu rakamkan nya sebab aku mahu melihat kembali masa lalu... yelah, seolah-olah mcm diary aku... bila aku tgk dan meluahkan apa yg aku rasa... baru video yg aku buat tu hidup... hidup dengan makna...

kalau nak bercakap pasal ilmu dalam buat video... aku selalu tgk video... tu je.. then aku berlajar mcm mana nak rakam dengan baik...aku suka dengar music gak... kalau nak buat video, music sangat2 penting.

anyway, aku bergantung sepenuhnya pada penghayatan lagu dan konsep video yang aku bawa... buat video sebenarnya sangat best sebab kita buat cerita dengan air tangan sendiri... walaupun kita lemah dari sudut2 dalam pembikinan video... tapi kalau selalu buat video, insyaAllah, kemahirang itu dapat dibina...

dan aku merasakan, ayat aku kali ni sangat skema... sekian...


Friday, April 5, 2013

aku bukan siapa2 tanpa kalian


Art phobia merupakan satu produksi sulung buat kos aku untuk teater.... urmmm dicipta atas dasar mahu bergiat dalam bidang teater pula... bersempena dengan festival teater yang bakal tiba... haiii sengaja cari fasal tapi aku mengambil ini supaya aku rasa enjoy di upsi ni... nak ambik untuk tunjukkan bakat... mungkin... tapi aku ambil ini sebagai satu pengalaman hidup yang tak mungkin aku lupa...

memang dalam dunia ni, kita kena cari pengalaman, kena cari ilmu.. tapi dalam pada masa yang sama... aku mahu mendidik orang2 dalam artphobia ini sebagai seorang cikgu kelak... maklumlah, mencipta sebuah produksi ini, bukan mudah... orang indon kata... waduhhhh ekornyaaaa.... ekornya pasti tidak enak....

kenapa? sebab dalam artphobia ini, aku dan kita akan melatih bagaimana berkerja dalam kumpulan, memberi arahan dengan jelas, peka terhadapa situasi dan sebagainya... perjumpaan demi perjumpaan, latihan demi latihan, kita akan buat pasti mengundang seribu memori yang indah... perit, penat, sibuk, tawa, suka, nangis... pasti akan ada kelak...

artphobia... produksi tercipta... pengasasnya daripada 20 orang .... aku harap ia akan hidup dalam persada festival teater kelak... bercakap pasal teater, kita orang akan bawak teater :nyonya" dalam bahasa indonesia....

urmmm... dah lama jugak aku mengidam teater mcm ni... seoalah-olah, berlakon di cerita lama yang menggunakan bahasa indon klasik... mampu ke? tak mampu ke.. terserah dong ahhhh... yang penting. produksi ini insyaAllah bakal meletop gitu... letop sikit pun jadilah...

tanpa kalian, tanpa kawan2 produksi ini tak akan menjadi... mana boleh mengharapkan tenaga aku sorang... mampuih aku... gila kering aku nnt... tak bley tak bley... apa2 hal aku ceritakan perjalanan teater ini pada siri kedua... wahhh gitooo ada siri2 nya... 
contoh poster nyaaa....

Saturday, March 30, 2013

upsi kini

sekarang ni aku kat sem 8 dow... dah lama jugak aku tak update blog aku.. maklumlah projek juta2... jumpa client... tender lagi... hiiiii penat (hiiii = mengeluh ) Bercakap pasal sem 8... apa benda sem 8 tu? kalau dah upsi kiranya sikit lagi ko nak keluar... atau pun dalam bahasa sopan ... nak grade dah...

bila dah nak grade, Alhamdulilah sebab dah nak habis belajar... ko orang ingat senang ke study ni? kepala mcm nak meletop... kalau untung, waras... kalau tak untung, byk tanjung kat tanjung malim ni...

merapu la pulak aku ni yer.... biasalah, sem 8 ni byk benda yang nak kena buat. final project la katanyerrr.... pas tu kajian tesis katanyerrr... sibuk katanyerrrr... tapi aku tetap aku... aku buat sempoi2 jer .... yang terbaru, pengjaran viscom... urmmmm lagi lah... dah mcm final project kau....

bercakap pasal final project... aku sedikit tersentap la dengar harga kanvas mencecah ribuan ringgit... adoiyai... aku mcm nak terberak medengarnya.... kalau terkucil blh cover... ni terberak...

dah tu aku nak cekau duit kat mana??? kalau final project tu nilai dia cecah ribuan ringgit... bukan aku dapat untung pun... upsi yg dapat untung (macam la aku punya hebat sangat) tapi nak katanya kat sini... tak rela aku dengan harga yg sebegitu mahal... aku nak makan apa??!!!!cukup2 jer duit aku ni... dah la kat kat dewan kuo dia mahal... muka makcik kantin buat muka tak bersalah lah bagi satu cup rm 5 hengget... bukan sedap pun lauk... bla laaaa... pergghhhhh gurau jer makcik... terlebih pulak aku carut kat sini...

haishhhh kalau aku cari penaja dan ada penaja tak per lah jugak.. ni tajaan pun takde... harap mak bapa kat kampung... tak nak susahkan mereka...

bila dah sem 8 ni.... saat2 sedih mula dah terasa... maklumlah... dah nak berpisah... ngan kawan2... aku ni mana ada kawan sangat... tinggal seketul dua je kawan aku... tapi bila aku dah posting nnt... pandai2 la aku cari haluan sendiri... kawan2 buat masa ni penting... tapi bila dah habis belajar br ko tau air mata ko tu murahan....

okay2 lah... apa2 pun aku nak komplain nasi kat cafe mahal... uahuahauhuaha... komplain jangan tak komplain...
ni la muka aku yang suci... tapi hati tak berapa nak suci... comelll takkkkkkkkkk mcm kak ton??? comellllllllllllllll