Monday, July 25, 2011

kejujuran d hujung tanduk

aku mulai risau dengan dunia ini.... aku mula takut untuk tinggal di dunia ini... aku takut dengan penipuan hati yang semakin berleluasa dalam kalangan manusia... kenapa manusia kini sukar untuk jujur?

jawapannya... aku nak jaga hati... aku tak nak kau kecewa.. aku tak nak dia tahu... aku mahu dia tahu satu hari nanti....

kebenaran membawa kesakitan.. itulah yang selalu di ungkapkan tetapi kebenaran juga yang menunjukkan kita satu jalan untuk berubah... yang mengundang penipuan adalah niat kita... kenapa kita mesti ada agenda?

dalam mengetahui isi hati manusia, hanya tuhan sahaja yang tahu... dan mungkin sesetengah orang di beri kelebihan untuk membaca isi hati...

kenapa kita masih leka dengan kebenaran... dan adakalanya dapat menerima? leka kerana kita tidak mahu kebenaran menghantui kita... dan menerima sekiranya kebenaran itu membawa kebaikan...

sebagai contoh... ramalan horoskop... ramalan kaji cuaca... kebenaran yang kita dapat terima.. tetapi jika ia mengnenai isi hati... kita jarang sekali berkata ya... itu lah kebenaran yang mahu d pandang...

bagi aku pula.. aku selalu mencari kebenaran... sehinggakan aku takut pada penipuan... penipuan bagi aku amat menyakitkan.. ... jadi aku berlajar untuk bercakap benar... dengan tulus hati aku... aku inginkan kebenaran... aku tidak mahu hipokrit.. walaupun adakalanya terpaksa...

kehidupan yang hipokrit amat menyakitkan... kau seolah-olah tersekat... tetapi apakan daya kalau kebenaran itu mengaibkan....

kebenaran atau kejujuran... bukan lah mengenai tingkah laku... tapi aku sentuh mengenai perasaan , jiwa dan hati yang sentiasa bergolak dalam mencari erti hidup yang suci.... suatu hari nanti kau akan mengerti kenapa kejujuran amat penting bagi aku

No comments:

Post a Comment