Sunday, July 24, 2011

kenapa kita masih angkuh?


jawapan kepada persoalan itu timbul apabila kita mempunyai satu keistimewaan yang tidak mahu berkongsi dengan manusia lain... masing2 kita ada kelebihan... dan kekurangan... namun nasib yang agak baik akan selalu menyebelahi ... kerana tuhan sentiasa ingin menguji umatnya... sama ada dia betul2 menerimanya dengan baik atau menerimanya dengan angkuh....

kelebihan manusia terletak pada akal untuk berfikir... terletak pada kudrat yang ada... tapi tidak semua manusia sedar bahawa, kelebihan seperti menghirup udara, merasai makanan, bergerak mencari kawan juga merupakan satu nikmat....

tapi kenapa manusia masih angkuh??? kenapa manusia ini sering merasakan kelebihan yang dia ada sebagai satu kekurangan? jawapannya manusia tidak pernah berfikir dan puas dalam mengejar seseuatu perkara.... tuhan tidak pernah membuatkan manusia itu menangis tetapi kita yang selalu menjadikan diri kita bahana situasi yang menjerat kita untuk melakukan kejahatan....

angkuh? sombong? itu adalah sifat syaitan.... dalam erti kata lain... kesombongan dalam diri hanyalah sementara.... tuhan akan sentiasa memberi satu pengajaran yang bermakna buat kita semua.... sebagai contoh, harta banyak sekali pun... jika tuhan berkehendakan hartanya berkurangan, ia akan terjadi....

manusia tidaka akan pernah berlajar sesuatu perkara melainkan kebenaran di depan mata sudah terbuka.... sebab itu lah manusia itu sentiasa sombong dengan kelebihan yang dia ada.... manusia tidak pernah ambil peduli sehingga sampai di satu tahap, manusia diuji dengan macam cara.... kalau nasib manusia semua baik..... macam manakah kita akan berlajar menerusi pengalaman sama ada baik atau pun buruk???

setiap manusia akan ada jatuh dan naik, berjaya atau gagal, dan menang atau kalah.... kerana itu lah dinamakan hukum karma.... setiap yang datang pasti akan pergi.....

satu jer nasihat aku.... jangan angkuh untuk berfikir .... jangan SOMBONG untuk melihat kebenaran... dan jangan alpa pada kebaikan.. kebaikan ada di mana2.... carilah dengan kelebihan kita yang ada.... dalam dunia ni.... ada seribu satu macam cara kita boleh atasi kelemahan kita... kalau kita dikatakan MANUSIA... berfikir lah.... fikir sejauh mana keangkuhan kita dapat mengatasi hukum tuhan.... sedangkan tuhan yang mencipta kita dan haluan hidup kita tentukan sendiri....

No comments:

Post a Comment