Friday, July 31, 2015

Allah maha mengetahui

bismilah nirahman nirahim...

MUNGKIN INI SATU HAKIKAT BILA MANA DI SAMPAI SATU TAHAP... AKU PERLUKAN SESEORANG TETAPI AKU MASIH BELUM MENEMUINYA... SETIAP DETIK DAN KETIKA...AKU MENANGIS SEBAB AKU TAK KENAL SAPA DIRI AKU... BANYAK YANG AKU PENDAM... BYK JUGA AKU LUAH...BANYAK BENDA YANG AKU TAK PUAS...DAN AKUTAK TAHU APA YANG AKU CARI....

SEPANJANG HIDUP AKU..AKU BERTEMU DENGAN PELBAGAI JENIS MANUSIA...DAN DALAM PADA ITU, AKU CUBA CARI PERSAMAAN PADA DIRI SESEORANG... KALAU LAH ORANG YANG RAPAT DENGAN AKU ITU FAHAM...AKU AKAN LEBIH MEMAHAMI...NAMUN, KORANG PERNAH TAK RASA...ADA SATU KETIKA BILA TERLALU ADA PERSAMAAN KO AKAN RASA BOSAN???

SEJUJURNYA HATI AKU... AKU TERLALU TAKUT DENGAN PERSAMAAN NAMUN DALAM PADA MASA YANG SAMA, AKU TAK TAHU NAK CAKAP KALAU DIA TAK FAHAM APAKAH MINAT AKU...

PERNAH AKU JUMPA ORANG YANG AKU ILHAMKAN...DAN DIA BANYAK MEMBERI AKU KATA SEMANGAT... TAPI AKU SELUBUNGI PERSAHABATAN ITU DENGAN NAFSU...DAN AKU RASA BERSALAH DENGAN APA YANG AKU LAKUKAN... SAMPAI SATU TAHAP...AKU BENCI DIRI AKU...MEMANG AKU SENANG DENGAN SI DIA... TAPI BILA ALLAH TEMUKAN AKU DENGAN ORANG AKU BOLEH RASA SERASI...ADA SAHAJA YANG MEMBUATKAN AKU RASA BERSALAH DAN AKHIRNYA AKU SENDIRI YANG MINTA MENJAUHKAN DIRI...

YANG PELIKNYA, BILA AKU MAHU GILA2 ORANG ITU, ORANG ITU TIDAK MEMBERI RESPON YANG AKU MAHUKAN... SEBALIKNYA KALAU ORANG YANG MINAT KAT AKU...AKU TIDAK MEMBERI APA YANG DIKATAKAN CINTA! ITULAH YANG AKU KATAKAN...AKU TAK TAHU APA YANG AKU CARI...KALAU AKU LUAH...AU TAK TAHU DENGAN SIAPA YANG SESUAI...KAWAN BAIK PUN BELUM TENTU MENERIMA KATA2 KITA... KALAU HANYA KAWAN... AKU MAHU KAN KAWAN YANG MELAYAN PERASAAN AKU...

AKU PELIK DENGAN DIRI AKU...DAN AKU MERASAKAN AKU TIDAK NGAM DENGAN SIAPA SIAPA... ARGHHHH PENAT NYA MEMIKIRKAN HAL INI!!!! KALAU AKU LUAH DI FACEBOOK..ORANG AKN CAKAP AKU GEDIK... DAN ADA SAJA KAWAN YANG AKAN BUAT AKU SENTAP.... KALAU D WECHAT NANTI ORANG CAKAP AKU TAK MATANG... AKU TAK TAHU YG MANA SATU... CUMA KALAU AKU TERLALU MENJADI DIRI SENDIRI...ORANG PUN TAK BERAPA GEMAR.....

APA2 SAJALAH...SEKIAN CORETAN AKU...

Wednesday, May 20, 2015

hari guru d smk kapit...

bersua lagi dengan hari guru ... maybe kali ini aku rasa sedikit tenang ... adakalanya aku mengenang kisah pahit... tapi aku mesti lupakan...

hebat penangan kisah itu...sampai sekarang...aku masih rasa dengan "kesampahan" aku sebagai seorang manusia... orang tak akan faham dan aku pun dah lali dengan tidak difahami... jadi lebih baik aku mendiamkan diri dan luah dekat blog aku ni...

sejujurnya aku mahu hari guru ini bermakna...bukan bermakna dengan hadiah...tapi ucapan ikhlas daripada anak murid... dan aku mahu menjadikan hari guru mereka indah dengan senyuman dan tawa riang daripada guru...

dan juga...setiap murid harus diberi peluang untuk mengucapkannya secara berdepan..orang kata, itulah terapi yang terbaik untuk meluahkan apa yang d pendam...

sememangnya, hari gurulah merpukan hari yang terbaik untuk kita tunjukkan sikap dan sifat sebenar kita kepada murid...dan bukannya kita mengabaikan mereka... kalau pasal hari guru d sekolah, aku malas nak kupas... sebab aku tak buat kerja.. hahahahah... tapi better buat kerja senyap2... buat apa nk tunjuk..

ikhlas daripada hati... hari guru sangat bermakna  sekiranya kita menyambutnya bersama... aku rindukan hari guru masa d sekolah menengah..btw...aku banyak dapat hadiah... jujur aku katakan... pelajarlah yang paling pandai menghargai ... detik yang aku tak boleh lupa... ada yang bagi aku makanan dalam balang... :) aku hanya tersenyum dan terharu...

tapi, best jugak dapat hadiah ni sebenarnya...hahahaha sebagai memeori kita dengan pelajar... jangan risau...aku jenis yang sangat menghargai pemeberian orang...

Sunday, May 17, 2015

bicara BERIRAMA (PERINGKAT NEGERI SARAWAK )

aku hanya tersnyum dengan karenah pelajar... setiap malam kami berlatih bersama...tanpa jemu ulang benda yang sama dan sentiasa membuat satu pembaharuan... semata-mata untuk pertandingan bicara berirama...
walaupun telah berlalu dan dapat nombor 6 dari 8 pasukan..bagi aku itu satu permulaan yang baik sebab kapit baru kali pertama hantar pasukan ke peringkat negeri... alhamdulilah...
aku kagum dengan budak2 kapit ni... kalah mcm mana pun, mereka tak tunjuk yang mereka sedih...cuma mereka kecewa dengan apa yang mereka buat...dan minta maaf dengan aku...
sepanjang perjalanan ke mukah, kalau mereka tgk laut...mereka paling suka nak pergi...kadang2, mereka anggap sibu tu macam kuala lumpur... nampak macam jakun...tapi aku tahu apa yang mereka rasa...maklumlah budak2 luar bandar...muka pun macam kampung2...
apa yang aku nak sampaikan,,,,aku sebenarnya rindu latihan tersebut...buat aku rasa ada makna sebagai guru...walaupun aku dimarahi sebab kerja.. dan terasa mcm pentingkan kerja dari keluarga...aku puas!...puas mendidik dan puas menjalankan amanah sampai ke malam...
dan sekarang...mereka rasa kekosongan dan kehilangan...teringin rasa dilatih oleh aku... tapi aku terpaksa katakan tidak... aku pernah cakap...kalau nak jumpa aku lagi...buat lah yang terbaik. tapi, nasib belum menyebelahi...
dan juga...mereka mengerti kenapa aku tengking mereka, maki, dan garang ketika melatih...barulah mereka faham... pelbagai benda yang kami tempuh... ada sampai nak tarik dirilah, tak cukup oranglah, even masa nak bertanding pun sanggup balik rumah pergi iron baju budak sebab takut nampak tak kemas...
apa2 pun pengalaman ini mengundang aku untuk lebih bersemangat..walaupun dalam punya cerita...kami sebenarnya salah tema....next year i will try my best... aku akan tunjukkan budak2 kapit boleh ! penapisan ala2 model..!

Saturday, January 31, 2015

RUNGUTAN ATAU LUAHAN ATAU REALITI?

Asalamualaikum kepada pembaca pembaca budiman...


aku nak cete sikit mengenai diri aku yang selalu lupa dan nyanyuk...sebenarnya ada juga kaitan dengan pekerjaan yang aku buat sekarang... maklumlah...aku dah menjadi guru kelas 1a...

bercakap mengenai menjadi guru kelas...tanggung jawabnya amatlah berat... memang tak sesuai utk orang mcm aku ni sebab aku ni jenis yang pelupa dan cepat hilang ingatan...mana kan tidak... kalau org bagi aku buat kerja...aku akan buat kerja tu tapi aku akan melupakan kerja lain...

kadang2 aku tak tahu yang mana satu aku nak buat dulu...silap2 hari bulan...kalau wayar tercabut... nahhh ko gila di situ...


dalam keheningan malam ni... aku terfikirkan sesuatu...kenapa TUGAS GURU SAMA MACAM TUGAS PENGKERANIAN?... penat dan fed up dengan sistem skrg ...namun apa boleh buat... ini AMANAH SAHAM SATU MALAYSIA...kena pikul jugak...

dalam pada masa yg sama...mahu murid mempelajari sst..memantapkan sistem pendidikan...tetapi guru sekarang tidak melakukan kerja hakiki..tetapi kerja isi itu isi ini dan almost keja cikgu yang buat...aku pun tak tahu...senang ke susah jadi cikgu ni...

dalam benak dan fikiran aku...aku suka mengajar...malam2 aku akan buat rph dan abm supaya aku tak menyusahkan diri aku sendiri...manakan tidak..budak2 skrg semua nak kena suap...dan aku seolah2 mebentangkan kertas kerja kepada pelanggan2 aku esok...hampir ke setiap hari aku akan pastikan aku lengkap dengan abm dan ilmu!


tetapi di sebabkan sistem sekarang ini... cikgu menjadi banyak kerja... macam2 nak kena fikir...kadang2 benda akan dtg serentak...masa tu la mcm nak separuh gila...

membentuk satu benda yang boleh d pandang bukan senang...jadi cikgu bukan buat anda utk jadi glamour dan senang...tetapi banyak masalah yang akan berbangkit berikutan kita berhadapan dengan pelabagai karenah pelajar... ibarat...cikgu mcm tak pernah tidur kerana fikirkan pasal kerja...

aku mahu mengajar secara kreatif... tetapi bilik nak mengajar pun takde... aku megajar seni...tetapi hari2 aku akan bawa beg cam bangla naik kelas...

impian aku one day...aku mampu buat modul mengajar aku sendiri...aku tak nak jadi ketua panatia...aku just nak jadi guru biasa saja... aku tak kisah pasal pangkat mangkat ni...tapi aku kisah ialah kepuasan aku mengajar dan ramai murid2 aku boleh nampak berjaya dengan seni yang ada....

dalam kedinginan malam yang begini...aku ingin menjadi guru yang selalu mengingati sang pencipta...sebab setiap kali aku termenung...setiap kali itulah aku akan dapat idea yang mencurah curah...yang penting tak boleh di paksa...

selamat malam!

Monday, January 5, 2015

Bila aku jadi "BODOH"

bertemu lagi sekali dalam edisi kali ini yang menampakkan tajuknya mcm gempak... hahaha...

ni wajah bodoh aku...korang jangan pandai2 nak ikut.

so bila aku jadi "bodoh" bukan mermaksud banggang...tapi aku jadi gila2...atau lebih di perincikan lagi... "tu mijan ke?" maybe dalam aku ni nampak pendiam...aku sebenarnya tengah berkhayal akan sesuatu...kadang2 aku akan senyum sorang2... 

pernah satu ketika...aku duduk di cafe... masa tu ramai orang.. aku duduk dan makan macam orang normal...dan kebiasaanya lagi...kiri kanan depan belakang aku memang aku tak ajak member... aku bukan jenis suka makan ramai2 pun sebab aku tak suka orang tgk aku makan...(mcm pelik kan? tapi itulah hakikat)

jadi ntah camner...aku tersenyum sorang2 sambil makan... kadang2 bodoh aku menjadi jadi bila aku senyum sambil tekup muka...sedar tak sedar...ada seseorang yg tgk aku dari jauh dan mcm pelik tgk aku... and seriously...secret admire detected...

kenapa??? sebab bila aku balik ke kolej dan bukak facebook... someone ad as friend kat aku ... so aku add jerlah...glamour sikit lah katakan... tetiber malam tu dia chat....

"hai awak... nak kenal ngan awak boleh?"

"kenal?"

"boleh ke? saya nampak awak kat cafe tadi... awk memang suka senyum sorang2 eak?"


dahhhh ada pulak nak kenal ngan aku...  walhal aku mcm terketum sikit kat cafe... pun ada orang nak kenal... tapi...aku jadikan itu sebagai identiti aku... kadang2...aku lebih selesa bercakap sorang2 dan lebih2 lagi bermonolog... dan aku lebih suka memerhati... 

dan bila aku rasa cam sunyi...barulah aku cari kawan2 aku... dan yang peliknya...bila aku bercakap... percayalah bahawasanya,,,aku tak akan berhenti selagi aku rasa nak bercakap...ko dengarlah aku membebel mcm radio... tu pun siapa yang kenal aku...kenal lah... siapa yang tak kenal aku... akan cakap aku sombong... bagi aku... g mampos!

kadang2... person need to be stupid... aku tak suka orang terlalu serius dan membosankan... sebab... bila kita cakap... terus dia mcm patah ... mmg aku tinggalkan orang mcm tu...sebaliknya..kalau orang tu cakap bodoh... ko akan tgk mulut aku lah yang paling longkang...

but balik kepada fitrah dan kemenjadian aku sebagai mijan.... aku harap korang dapat terima aku seadanya...sebab aku ada satu watak di mana semua orang tak faham... kadang2 aku boleh jadi sangat pendiam dan pemalu... dan kadang2 aku boleh jadi seorang yang agresif dan main cakap lepas...

dan aku suka bertindak dengan apa yang aku rasa patut dan tak patut... welll....kadang2 otak aku ni berfungsi 30 % je sebab yang selebihnya... kebodohan aku... harharharhar... 

as i said ... orang perlu jadi bodoh utk nampak bijak

Saturday, January 3, 2015

tahun 2015 lembaran baru


Alhamdulilah bertemu lagi kita dalam keadaan yang sihat dan sejahtera hendaknya... di harap tahun 2014 menjadi kenangan yang tak mungkin berulang... banyak sangat benda di tempuh... akhrinya... berakhir dengan kerja sebagai seorang guru seni...

Sebelum ni aku pernah jadi guru ganti dekat smk rosli dobhy aliran pendidikan khas.... dan seriously aku rindu student aku... dan dalam pada masa yg sama... aku di tawarkan ke sekolah SENI... memang itu impian aku sebab aku nak sambung master... tup2.. aku terpaksa tolak tawaran tersebut sebab keadaan keluarga yang masih memerlukan aku dan aku dah start mengajar kat rosly dobhy...

alhamdulilah... rejeki tak putus2... abis jer mengajar... stop sebulan.. terus posting ke smk KAPIT... dan reaksi aku... nak kata gembira... tak jugak.. nak kata sedih pun tak... aku so so je... sebab aku tahu... kegembiraan mungkin akan berakhir dengan kesedihan... dan kesedihan akan berakhir dengan kegembiraan... siapa tahu kan? so act normal ....

so aku bukan nak berborak pasal benda yang dah lepas... tapi aku nak borak pasal tahun 2015... apa future plan aku... finally aku rasa dah tiba masanya aku fikir pasal diri aku... dan apakah perancangan aku utk tahun 2015....

first of all... aku nak jadi manusia yang betul2 berubah ke arah yang lebih baik... aku nak jadi manusia yang beriman... aku nak jadi manusia yang sentiasa membawa manfaat pada orang lain...


 yang kedua... melekat pada fitrah dengan mengamalkan alquran dan sunnah... aku rasa aku dah semakin jauh dengan syafaat... aku takut kalau2 aku mati dalam keadaan yang tidak beriman... pendek kata... aku akan cuba utk berlajar al quran dengan sebaik mungkin walaupun aku tak geti membaca...

yang ketiga... kesihatan... aku nak bentuk body aku ke arah yang lebih sihat....sebab sepanjang aku menjaga ayah aku kat hospital... sepanjang itu la aku tgk orang sakit sana sini... puncanya daripada pemakanan... dah la aku ni keturunan kencing manis... so... kesihatan kena lah di amalkan...

yang keempat... cuba untuk menambah bilangan waktu solat .... maksudnya... cuba utk bangun malam... benda yang paling susah di buat tapi ketenangan dalam hati dan rasa nak buat jahat tu... kurang,,.

yang kelima... cuba untuk melahirkan seni di sekolah dan mengasah bakat yang ada... itu impian aku sejak mula2 aku bergelar seorang guru...

yang keenam... cuba pohon balik sekolah seni... IMPIAN AKU DARI DULU LAGI... u know what... i dont care ... hahahah... sebab aku nak fokus mengajar... bukan apa... kalau aliran sekolah biasa ni... aku takut aku tak fokus ... mungkin d beri subjek yang bukan2.... sorry to say... aku bukan orang yang mahir dalam menghafal teori2... dan aku tak suka bila aku tak fokus... kalau boleh satu hal je...


itulah serba sedikit impian aku utk tahun 2015... waima sekali pun.... aku akan cuba sedaya upaya mencari keredhaan Allah dalam mencari rejeki dan memberkati keluarga aku... amin :)