Friday, July 1, 2011

jangan dengar cakap orang


penulis sebenarnya paling pantang dengar cakap orang tanpa usul periksa dari pihak sebenar... sebenarnya, gosip yang membawa kepada kehancuran kepada diri seseorang, akan melahirkan fitnah semata-mata... budaya mendengar sifat buruk orang boleh menjauhkan diri kita tanpa sebab...dan akibat mendengar benda yang bukan-bukan, akan menyebabkan kita rasa kurang selesa.

nasihat aku, jangan jadi orang yang cepat berprasangka buruk... fikir positif setiap masa dalam pelbagai hal sekali pun... sebab bila penulis dalam situasi study atau berkerja, penulis suka untuk menilai manusia dari sifat dalaman mahupun luaran....

walaupun aku jenis peramah adakalanya, aku tetap akan memilih sapa2 untuk dijadikan kawan dan walaupun sikap sesetengah pihak dengki dan busuk ati, aku akan tetap fikir positif kerana....

1. setiap hari tengok muka dia
2. agama tak ajar kita untuk bermusuh.
3. sifat manusia bukan sempurna
4.baik perlu berpada-pada at the first place
5. kita juga mempunyai kekurangan

so kalau kita bercakap buruk orang... tidakah kita sendiri juga buruk menyebarkan benda2 yang tak sepatutnya... cuba bayangkan anda berada ditempat orang yang sentiasa di umpat? di aniyai?... nahhh... terkeluar biji mata anda...

so pesanan aku, jangan cepat kata buruk orang.... tak baik... aku pun berpesan pada diri aku jugak sebab... kadang2 sebab bosan mungkin, ada saja cerita panas.... jangan mudah ambil hati... tu yang penting.. dan jangan mudah melabel diri seseorang just because dia seorang yang jahat...

jahat mcam mana atau buruk macam mana pun diri manusia... pasti ada kebaikannya.. memang la sikap dia buruk mengalahkan hoblissss...(setonnnnnnn) tapi kalau kita selami dan cungkil jiwa diri seseorang.... pasti ada benda yang kita terlepas pandang.... sebagai contoh kekurangan kasih sayang ke, apa ke... kan...

kalau korang baik pon... pasti ada keburukan nya jugak... sebagai contoh korek taik idong pas tu palit kat orang... curi moto, dan paling penting lepas dapat gaji, ilang entah kemana hahaha...

sebenarnya dalam dunia ni kita semua sama... merangkap sebagai manusia, kita sendiri pun 2 kali 5... kita tak boleh main sembur ikut suka... dan kalau kita bercakap.. try jangan membarakan lagi keadaan.... kita neutralkan... dengan

1. ohhh tak kisah pon dia macam tu
2. tak mati pon aku kalau dia macam tu
3biarlah dia, aku pun bukannya sempurna
4. fikir positif
5. jangan buat musuh, buat so so je

kan elok macam tu... so jangan cepat melatah lah dengan kekurangan diri seseorang k... adiossss....

No comments:

Post a Comment