Wednesday, May 20, 2015

hari guru d smk kapit...

bersua lagi dengan hari guru ... maybe kali ini aku rasa sedikit tenang ... adakalanya aku mengenang kisah pahit... tapi aku mesti lupakan...

hebat penangan kisah itu...sampai sekarang...aku masih rasa dengan "kesampahan" aku sebagai seorang manusia... orang tak akan faham dan aku pun dah lali dengan tidak difahami... jadi lebih baik aku mendiamkan diri dan luah dekat blog aku ni...

sejujurnya aku mahu hari guru ini bermakna...bukan bermakna dengan hadiah...tapi ucapan ikhlas daripada anak murid... dan aku mahu menjadikan hari guru mereka indah dengan senyuman dan tawa riang daripada guru...

dan juga...setiap murid harus diberi peluang untuk mengucapkannya secara berdepan..orang kata, itulah terapi yang terbaik untuk meluahkan apa yang d pendam...

sememangnya, hari gurulah merpukan hari yang terbaik untuk kita tunjukkan sikap dan sifat sebenar kita kepada murid...dan bukannya kita mengabaikan mereka... kalau pasal hari guru d sekolah, aku malas nak kupas... sebab aku tak buat kerja.. hahahahah... tapi better buat kerja senyap2... buat apa nk tunjuk..

ikhlas daripada hati... hari guru sangat bermakna  sekiranya kita menyambutnya bersama... aku rindukan hari guru masa d sekolah menengah..btw...aku banyak dapat hadiah... jujur aku katakan... pelajarlah yang paling pandai menghargai ... detik yang aku tak boleh lupa... ada yang bagi aku makanan dalam balang... :) aku hanya tersenyum dan terharu...

tapi, best jugak dapat hadiah ni sebenarnya...hahahaha sebagai memeori kita dengan pelajar... jangan risau...aku jenis yang sangat menghargai pemeberian orang...

Sunday, May 17, 2015

bicara BERIRAMA (PERINGKAT NEGERI SARAWAK )

aku hanya tersnyum dengan karenah pelajar... setiap malam kami berlatih bersama...tanpa jemu ulang benda yang sama dan sentiasa membuat satu pembaharuan... semata-mata untuk pertandingan bicara berirama...
walaupun telah berlalu dan dapat nombor 6 dari 8 pasukan..bagi aku itu satu permulaan yang baik sebab kapit baru kali pertama hantar pasukan ke peringkat negeri... alhamdulilah...
aku kagum dengan budak2 kapit ni... kalah mcm mana pun, mereka tak tunjuk yang mereka sedih...cuma mereka kecewa dengan apa yang mereka buat...dan minta maaf dengan aku...
sepanjang perjalanan ke mukah, kalau mereka tgk laut...mereka paling suka nak pergi...kadang2, mereka anggap sibu tu macam kuala lumpur... nampak macam jakun...tapi aku tahu apa yang mereka rasa...maklumlah budak2 luar bandar...muka pun macam kampung2...
apa yang aku nak sampaikan,,,,aku sebenarnya rindu latihan tersebut...buat aku rasa ada makna sebagai guru...walaupun aku dimarahi sebab kerja.. dan terasa mcm pentingkan kerja dari keluarga...aku puas!...puas mendidik dan puas menjalankan amanah sampai ke malam...
dan sekarang...mereka rasa kekosongan dan kehilangan...teringin rasa dilatih oleh aku... tapi aku terpaksa katakan tidak... aku pernah cakap...kalau nak jumpa aku lagi...buat lah yang terbaik. tapi, nasib belum menyebelahi...
dan juga...mereka mengerti kenapa aku tengking mereka, maki, dan garang ketika melatih...barulah mereka faham... pelbagai benda yang kami tempuh... ada sampai nak tarik dirilah, tak cukup oranglah, even masa nak bertanding pun sanggup balik rumah pergi iron baju budak sebab takut nampak tak kemas...
apa2 pun pengalaman ini mengundang aku untuk lebih bersemangat..walaupun dalam punya cerita...kami sebenarnya salah tema....next year i will try my best... aku akan tunjukkan budak2 kapit boleh ! penapisan ala2 model..!