Sunday, June 20, 2010

Wednesday, June 16, 2010

Mukadimah..


Salam sejahtera kepada semua yang layari blog ni... saya daniel putra seperti yang sedia maklum pembuat kad secara kecil-kecilan. Baiklah.. terus kepada point... minat saya buat kad ni bermula sejak saya ... tak pastilah pulak sejak bila.. tapi saya ni memang suka la buat kad...
Sepanjang penglibatan saya dalam bidang kraf ni... saya buat kad dari rumah jer.. tak delah vok2 sampai ke luar negara...saya buat kad ni kerana hobi dan minat... lagi pun saya suka kalau kraf yang berkaitan ngan kertas ni... dan sebab ia mudah untuk di buat dan senang untuk diberikan kepada orang ramai. Yang tu dulu la tapi sekarang ni, saya jual kad saya... nak dapat keuntungan lah katakan.
Penglibatan saya secara tak sengaja disebabkan seni origami... saya memang minat buat origami kalau berkaitan dengan kusudama. Tu semua dipelajari dari youtube. Pas tu rasa boring pulak so carilah benda yang lain tetapi masih gak dengan penggunaan kertas. So dari sinilah saya berminat nak buat kad... kad yang paling saya minat ialah "pop up card". Kad ni memang menarik perhatian saya sebab bila kita bukak... tersembur.
Jadi inilah cara bagaiamana saya menglibatkan diri dengan kad ni... hehehe... dan kalau serius dalam penglibatan kad ni...mungkin akan bukak kedai untuk jual material atau sampai ke luar negara? doa2kan lah yer hehehe.. sekian adanya