Friday, December 19, 2014

aku dan filem...

takde kena mengena langsung ngan gambar di atas... tetapi aku nak cerita jugak... (sambil bentak2 kaki kat meja)...

bila bercakap mengenai filem... segalanya bermula daripada teater... Ntah lah... aku ni jenis suka berkhayal... dan dalam aku berkhayal...aku suka cipta satu jalan cerita yang orang tak terfikir pun... bila inspirasi tu dtg...tetiba aku rasa aku nak adaptasikan ke dalam bentuk yang boleh org tgk... jadi terciptalah penceritaan ke dalam bentuk filem...

aku ni bukan nak jadi pengarah...tapi aku minat... banyak benda aku berlajar dalam penghasilan filem, music video dan sebagainya... seronok sebab kita bukan setakat berinteraksi dengan pelakon...tetapi jugak audien yang menonton cerita kita...

kalau buat cerita...pastikan audien menonton filem pendek kita berkali kali sampai muntah darah... that y orang yang buat filem kena kasi edit, lakonan mesti real dan yang penting...MESEJ dalam cerita kita tu tadi sampai....

kalau pelakon berlakon mcm minum air ketum, sinetografi dia kalah gempa bumi kat pompei, jalan cerita dia kita tak faham...waima sekali pun peralatan canggih...tak guna beb...yg penting,,, kita kena bagi soul kat filem pendek...

nak kata aku pandai dalam menghasilkan filem...tak jugak... aku banyak berlajar dari utube je...pas tu spend masa tgk wayang mcm pengarah... Bab bila tgk wayang...sesetengah orang tgk sambil "berpeluk peluk"...aku pulak berpeluk tubuh menghayati setiap inci jalan cerita... kalau aku cakap cerita ni 10/10.... maknanya pengarah dia sama tahap dengan pemikiran aku... (poyo sikit boleh )

kalau cerita tu aku bagi 7 atau 6... aku tak suka jalan cerita dia walaupun pelakon dia cantik... apa2 pun... ikut taste dan pendapat masing2... sebab aku tak percaya orang punya point of view...

kadang2 cerita dia nak masuk hospital sampai 1 jam pun orang ckp bagus... inikan pulak orang duduk termenung kat tandas sambil bermonolog pun orang sempat comment..."cantik nya tandas dia..."

kalau nak bercakap mengenai filem aku suka... aku suka filem animasi grafik... sebab TAK AKAN RUGI KALAU TGK... bagi aku...jalan cerita dia sangat best!...sesetengah orang dia tak suka... mcm kawan aku... aku ajak dia...dia cakap..."ko ni mcm bebudak la mijan"...abis tu yang buat filem tu bebudak lah???

then...aku suka tgk cerita fantasi dan magical... sebab aku suka effect dia...ala2 blink2 gitu...sebab masa kecik aku nak ada super power... another reason is... pengarah yang menghasilkan filem fantasi... mesti dia ni terlebih berkhyal sampai mencipta sesuatu dalam filem secara unik...

apa2 pun... nak buat satu babak bukan mudah... ramai kat luar sana mengkritik...cerita tu tak best... cerita ni biasa... tapi korang tak tahu kalau2 nak buat satu babak tu nak angkut camera bapak punya besar... nak ambil shot yang menarik...nak dapatkan audio yang cukup baik...dan nak jadikan pelakon tu menghidupkan wataknya...BUKAN SENANG....sebab nk buat filem kena ada SOUL...


aku pernah rasa buat iklan... dalam satu hari... aku pernah buat music video sampai dengar lagu jutaan kali semata mata nak menghayati maksud lagu... aku pernah buat filem pendek sampai aku mcm orang gila nak kejar pelakon dalam satu2 babak pegang camera....semua pernah rasa... tercirit terkincit terberak overdose....

kesimpulannya... kalau tgk filem ... pastikan kita ada minat dan kesabaran utk memahami jalan cerita... jangan tgk mcm mata ikan kering... sekian adanya....

Monday, December 15, 2014

smk kapit

akhirnya.. 1 7 2014...mencatatkan sejarah buat ku bergelar seorang guru d smk kapit... agak lama juga aku tak tulis blog... berhabuk sudah... uhuk uhuk..

bercerita mengenai sekolah ni... kena guna boat... dan nama tempat aku ini adalah KAPIT... dan satu2 nya jalan ke kapit ialah dengan menggunakan air.... selama 3 jam ko dok dalam boat... ko rasa??? tak kebas punggung...

ok.. ok... aku bukan nak cerita pasal punggung kebas... tapi aku nak cete pasal sekolah yang aku ajari skrg... apa yg aku boleh cakap... aku suka budaya dan envroiment yang sangat fresh kat sini... mana tak nya... hutan depan belakang... tapi aku suka...

pelajar dia pun boleh dikatakan okla... so so... sbb nak kata nakal... nakal kampung2 je... pastu .. melawan? aku tumbuk je... tapi aku sebagai seorang guru... tak kan nak buat mcm tu kot... "nakkk berlajar elok2 nakkkk"

aku pun sebenarnya ting tong nak tulis blog skrg ni... tak tahu apa aku nak tulis... sesaja je aku nak tulis... nak canang satu dunia aku mengajar kat sekolah ni... tapi insya Allah... kalau pemohonan aku lulus... mungkin aku akan berpindah ke sekolah lain... amin2.... dalam masa terdekat ni...

bukan kerana tak tahan dengan sekolah ni... tapi aku mengejar kredebiliti dan tugas hakiki di tempat baru... iaitu... SEKOLAH SENI... amboi ko pecah rahasia aku... :)

tapi takper... aku rasa aku nak tangguhkan pemohonan aku dulu.. aku nk tgk..sejauh mana aku boleh bawak diri aku utk mantapkan seni di sekolah ini... biasalah... kalau kita tak cuba... kita tak tahu...sebab aku benci tugas pengkeranian...dan aku tak suka jadi ketua dalam mana2 ajk... sori to say... aku tak suka mngarah... selagi aku boleh buat...aku buat...

jadi cikgu bukan mudah... jiwa kena byk berkorban... masa dan tenaga... kalau kaya... wang ringgit... tapi... kerja sebagai cikgu adalah tugas yg paling mulia sekali di alam semesta ini...
aku rasa cukup la dulu perapuan aku ini... nnt aku tulis lagi kalau aku ada idea... tgh tintong