Saturday, June 11, 2011

novel ku... hakikat imran... baca hehehe


. Imran merupakan seorang pelajar jurusan seni halus mempunyai paras rupa yang menawan dan sentiasa ceria apabila berdepan dengan kawan kawanya. Namun disebalik keceriaannya imran sebenarnya mempunyai masalah jiwa yang sukar untuk menyintai. jiwanya yang seringkali terdetik untuk bercinta namun disebalik rasa yang ingin bercinta tersimpan seribu rahsia yang tersembunyi. Takut, kosong dan sebak mengenai perasaanya imran tetap mengharungi semuanya sendirian. Tetapi kekosongannya terubat apabila kawannya niena berlajar ditempat yang sama. Niena merupakan kawan rapat kepada Imran sejak sekolah menengah tetapi terpisah semenjak tingkatan 3.

Tersekat di antara realiti dan fantasi, imran masih bertahan dengan perasaan yang menyeksakan jiwannya yang tidak tahu untuk menyintai dan bagaimana untuk dicintai. Niena yang sentiasa menjadi peneman setia akhirnya jatuh cinta kepada imran. Tetapi imran masih samar-samar dengan tindakan niena yang mendambakan cintanya. Walaupun begitu niena tidak pernah berputus asa dengan imran yang sentiasa “blur” kerana itulah sikap imran yang membuatkan niena terpikat.

Hari demi hari, imran dan niena menjadi rapat sehingga menjadi buah mulut orang. Kemesraan yang terjalin namun tiada pengisian yang bermakna membuatkan hati niena terdetik untuk bertanya dan meluahkan sesuatu yang dipendam oleh niena selama berbelas-belas tahun. Konflik muncul apabila, niena tahu isi hati imran yang sebenar dan membuatkan niena jijik kepada imran. Apakah isi hati imran yang diluahkan kepada niena? Mungkinkah hubungan yang terjalin tidak semesra dulu? Tunggukan kemunculan novel “hakikat imran”

No comments:

Post a Comment