Saturday, October 1, 2011

ceritera hati

mungkin dalam banyak hal... hati kita sentiasa berkata-kata untuk tidak. untuk mahu. untuk ya. dan sebaliknya.... hati merupakan jiwa kita yang sentiasa meneka, melihat dahulu dan merasai sesuatu naluri. tapi alagkah indahnya kalau hati kita sentiasa berzikir?

dalam meneliti sesuatu perkara yang kurang kita faham... kita pura2 faham untuk diterima dan menerima... tetapi betulkah anda mahu menerimanya? siapa mahu meneka? jawabnya diri sendiri... sejauh mana anda berdiri untuk bersama-sama... akhirnya diri anda akan disisihkan secara perlahan...

teguh mana hati manusia? adakah seteguh karang ? anda bukan manusia kalau hati anda begitu teguh... tidak ada manusia yang teguh hatinya kalau dia pernah meluah... pernah bersedih... senyum? ketawa? anda anggapkan sahaj itu cuma pelengkap kepada diri sekarang... senyum sekarang umpama make up... senyum yang betul ikhlas ialah bila mana kita terserempak sahaja... cukup sukar anda untuk menerimanya tetapi itulah hakikat atau trend manusia sekarang. senyum sekarang semakin mahal....

hati kita dapat berkata apa sahaja yang kita mahukan... sama ada sedih ataupun bahagia... cuma itu didalam hati sahaja.... di luar mungkin anda seolah-olah tersekat atau diikat untuk menampakkan diri anda bagus dalam apa sahaja.... jangan anggap hati anda menipu... sejujurnya dalam diri kita merupakan kata2 yang benar cuma minda kita enggan menerima... fikiran kita yang kusut akan turut merubah hati adakalanya.... tetapi hati yang terang akan dapat merubah segala bukan setakat pemikiran tapi jasad kita....

menipu? hanya hati anda sahaja yang akan bercakap benar. gembira? hanya hati anda sahaja yang menentukan... jadi itu lah cerita hati anda... kalau anda berfikir untuk menyayangi seseorang... hati anda akan menentukan niatnya... tapi kalau fikiran anda membenci seseorang... hati anda bukannlah sekejam mana... lain lah kalau anda tiada hati... anda akan sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan kepentingan diri... tanpa sedar atau didalam sedar.... : )


jumpa dengan orang itu, orang ini... belum tentu anda zahirkan perasaan yang ikhlas... kalau tidak kerana niat yang samar2 tetapi boleh juga menjadi realiti... hati manusia boleh bagai sekeras batu... mahupun sekeping kaca. tetapi ingat! hati manusia bukan senang untuk dipermainkan kerana hati zahirkan perasaan yang jujur.....

dari mata turun hati.... ungkapan yang paling femes sekali.... sebab itulah hati anda yang dikatakan menentukan perasaan.... fikiran anda hanya melihat... tapi hati anda yang memberi perasaan sebenar.... jadi jaga hati orang... jaga hati kita... kerana hati itulah pusat perasaan yang paling ikhlas sekali.

No comments:

Post a Comment