Tuesday, October 4, 2011

didalam sepi itu...

aku tersentuh dengan lagu arwah sudirman yang menyanyikan lagu "didalam sepi itu" ....

memang menitis air mata aku mendengar setiap liriknya... jalan ceritanya... sungguh menyayat hati....

tiap-tiap hari aku mendengar lagu ni... mesti air mata aku akan tumpah... kerana berkait rapat dengan diri ku.... memang aku terasa terpinggir terasa sepi... namun siapa yang sanggup menemani aku dalam sepi....

kalau aku duduk kat kolej sorang2 aku tak banyak bergaul... aku hanya diamkan diri sahaja sebab dah terbiasa dari sekolah rendah... aku hanya jalan sorang2 sebab aku sukakan susana yang aman damai... namun siapa sangka dalam aku berjalan sendirian aku inginkan teman untuk bercakap.... aku selalu lepak kat atas bumbung be learning.... aku kadang2 berkhayal dengan adanya kawan imaginasi... aku luahkan perasaan aku pada dia... seolah olah ada orang ditepi aku....

selepas aku luahkan... aku menangis tanpa sebab... kadang2 aku berfikir... ada tak orang macam aku ni yang bercakap sorang2..??? yang mungkin suka berjalan sorang2.... kalau adaaku harap berjumpa.... setiap kali aku pulang ke bilik... aku hidup dengan kawan sebilik aku... tempat aku mengadu.. tempat aku bergembira... namun keluar sahajadari bilik... aku mula mendiamkan diri dan menjadi robot yang dipandang ....

kalau aku bosan pula... aku akan keluar pada waktu malam untuk melihat bulan dan bintang... dekat tepi parit kolej... dekat situ lah juga orang bermadu kasih... aku pula hanya mampu melihat kerana mereka ada teman istimewa yang boleh merekaluahkan perasaan mereka...

aku benci melihat semua itu tetapi.... apakan daya itu sudah menjadi hak mereka... aku hanya mendiamkan diri dan banyak merenung ke bulan... aku bercakap dengan bulan...kemudian airmata aku mula mengalir... mengalir kesayuan kerana rindu dengan orang yang aku sayang... rindu dengan Allah... rindu dengan kawan2 ku... alangkah best nya kalau kawan aku ada disisi dan aku boleh bercakapa denganya sambil merenung ke bulan... bestnya .... tapi aku tak tahu sapakah orang itu....

yang pastinya... hati aku terlalu sepi.... aku terlalu sepi.... siapalah yang mahu menemani aku... orang datang dan pergi... tetapi Allah jugalah yang kekal dihati... ya Allah kuatkan semangat ku.... bukankanlah pintu hati ku ini... ya Allah aku sayang padamu.... Ya Allah... aku nak jumpa dimu ya Allah..tapi aku takut.... tangisan aku ... hatiku bukan sekuat mana.... hambamu ini sentiasa menangis akan dunia ini.... dari kecil... aku berimpikan aku mahu duduk d syurga... tapi impian aku diperlekehkan oleh kawan2 ku.... songkok aku ditendang sedangkan dalam songkok ku ada nama2 mu yang ku simpan.... mereka cakap... konon nak masuk syurga.... aku hanya berdiam diri... hati aku sakit...tapi siapakah yang mengerti???? ya Allah... selagi aku percaya aku masih mempunyai hati... aku tetap akan menyanyangi mu.... tidak kira dimana jua... kerana dunia kini bukan tempat ku lagi....

Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani

Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu

Aku terperangkap dalam diri
Aku terpaedaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan

Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lamam hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita

Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku


No comments:

Post a Comment