Friday, September 30, 2011

dalam penilitian ke akhir zaman


banyak orang telah tandus akalnya untuk berfikir. untuk melihat. untuk mendengar lagi sesuatu yang baik. bak kata kawan aku secara gurau-gurau... "dunia ini bukan tempat untuk orang baik lagi dah. hehehe aku tersipu ...

hakikatnya memang betul... apa yang dilihat baik. semua akan dilihat jahat.. sebenarnya hati manusia ada lagi yang terselindung dibalik kebenaran... kadang2 kita rasa kita betul dengan apa yang kita buat... tapi hakikatnya kita kufur dengan sesuatu atau terlepas pandang dengan perbuatan kita yang dikata baik.

niat menghalalkan cara. ini satu lagi statement semasa aku kerja di parkson... memang besar erti niat kita untuk melaksanakan sesuatu perbuatan... berpunca dari niat lah kita melakukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk... bagi aku... niat kita kalau terpesong sedikit.... Allah akan bagi satu kekufuran atau selamatkan kita...

jangan mudah leka dengan apa yang kita miliki sekarang... orang sekarang inginkan pekerjaan. inginkan harta... inginkan sesuatu yang luar biasa... tapi macam mana kita nak dapatkannya??? kalau tidak dengan niat yang kadang2 terpesong??? tanya sama hati lah... orang sekarang selalu ambil jalan mudah dan tidak pernah memikirkan satu kesan untuk jangka masa panjang.

bahagia sekarang ini bukan bermakna anda bahagia selamanya... sedangkan laki bini boleh bergaduh walaupun sekian lama bersama inikan pula kawan atau sahabat. bahagia kita sebenarnya terletak pada pemikiran kita sendiri untuk bebas dari bellengu dunia... anda ingat anda bebas dengan bahagia di dunia??? jangan mimpi la selagi anda di kawal oleh satu sistem yang kurang dilihat tetapi berkesan.

buat apa kita nak fikir benda ini? benda itu? sebab anda di ajar untuk MALAS BERFIKIR. manusia sekarang mahukan yang terbaik. tetapi masih dibawah separuh sedar akan orang yang di sekeliling meracuni fikiran kita. walaupun anda cuba berbuat baik... anda akan tetap dipandang jahat... tak payah lah... kalau anda diam... dikata sombong. walhal diam adalah lebih baik dari kita bercakap dengan perkara yang tidak penting.

manusia sudah jauh ditelan arus kemodenan... ditelan dari segi pemikiran. dan masih mencari identiti tanpa melihat sapa diri sendiri lagi. orang nak kuat, dia nak kuat, orang nak tu. dia nak tu. sebab anda bukan lah khalifah yang terbaik. sebab itu anda sentiasa melihat semua perkara dengan mudah. adakah anda yang terbaik jikalau dalam kita bercakap dan bermesra tidak menyentuh langsung pasal agama???? fikir fikirkan lah... anda boleh ketawa... anda boleh bergurau... anda boleh berjenaka... tetapi jadilah yang sentiasa menasihati kepada kebenaran yang dunia ini makin hampir ke akhir zaman kawan2 ku...

satu soalan sahaja.... anda pilih ibu bapa atau Allah? ...di situ akan teruji keimanan wahai kawan2 ku.

No comments:

Post a Comment