Thursday, September 15, 2011

cinta terlalu mahal


pernahkah anda rasa anda berseorangan di waktu anda bergembira? itulah satu ungkapan bagi seorang insan yang mempunyai naluri yang berlainan... satu perasaan yang sukar diungkapkan... perasaan itu masing2 diri sendiri yang tahu dan mempunyai pelbagai defenisi mereka yang berbeza untuk mereka taksirkan...

dalam menjengah realiti... sapa sangka cinta itu adakalanya terlalu mahal... kita mahu menyanyangi... tetapi akhirnya kita dibenci... kita mahu mengasihi... akhirnya kita disingkirkan... kerana? satu perasaan yang orang sebut sebagai cinta...

cinta merupakan satu anugerah... cinta bukan boleh dibuat main... cinta merupakan subjektif... kita cinta kepada ibu bapa, kawan2 dansahabat handai... tetapi bagaimana pula cinta orang yang songsang? orang hanya tahu menyalahkan tetapi bagi insan yang bergelar bisexual... atau gay... cinta terhadap mereka terlalu mahal... terlalu rumit... terlalu melawan takdir...

bagaimana pula kalau insan itu disalah ertikan cinta mereka? hanya kerana dia mahu berkawan... tetapi dianggap ingin bercinta? semua itu terletak pada niat kita sendiri. tetapi bukan semua orang tahu akan orang yang merana kerana perasaan cinta bukan diluah pada sepatutnya? manusia kini kurang sedar... cinta satu perkara yang dipermudahkan

cinta kerana nafsu? cinta kerana suka? adalah satu perkara yang berlainan... tetapi cinta kerana sayang... adalah benda yang terlalu mahal sehinggakan orang yang benar2 beriiman sahaja dapat cinta yang kekal abadi...

jangan anggap cinta itu mudah dikecapi kerana... sekali sahaja niat anda terpesong... anda akan disisihkan... sekali anda berniat untuk bernafsu.... anda akan menjadi seorang yang hipokrit terhadap cinta sampai bila2 kerana cinta itu mahal. so hargailah orang yang memberikan cinta atau sayang terhadap kita... kerana cinta itu terlalu mahal. tiada orang didunia ini sanggup memberikan kebahagiaan kepada kita kalau tanpa perasaan CINTA.

No comments:

Post a Comment