Tuesday, September 27, 2011

pernahkah anda???


pernahkah anda rasa ... hati yang kecil menyimpan pelbagai perasaan suka, duka, benci, geram, sedih, kosong? dalam satu2 masa? well aku lah orang nya.... memang org nampak aku biasa je... tapi hati tidak boleh dilihat... perasaan yang bercampur baur... adakalnya sedih... lepas tu gembira, lepas tu sedih balik... mungkin disini aku nak terangkan kenapa...

hidup dalam zaman ini jangan anggap ia sebagai satu trend hidup... orang mungkin melihat segalanya positif. tapi sedar atau tidak... kita masih di takuk yang lama... dan selalu meniru budaya orang lain. mungkin anda tak faham dengan situasi yang bakal aku ceritakan tetapi... bila mana kita berpegang tangan dengan perempuan.... adakah itu cara hidup orang islam?


nampak kita boleh bersuka. gembira. tapi adakah anda mengerti itu merupakan satu dosa? aku sedih melihat dunia zaman sekarang yang makin tabsub dengan diri sendiri... adakalanya hati pun mula hipokrit untuk menerima segalanya secara bulat2... walhal diri anda itu belum bersedia. di mana2 sekali pun yang baik nampak jahat. dan yang jahat nampak baik.

dunia makin uzur dengan tingkah laku manusia yang tidak memandang sapa pencipta kita... manusia sekarang sudah lali. baik dari segi pengaruh yang datang... manusia tidak sedar yang jiwa mereka dirosakan... ada apa pada kemerdekaan kalau jiwa masih mengikut telunjuk penjajah???

tengok sahaja la sekarang... sebaik mana pun kamu... belum tentu anda tidak berbuat maksiat dari belakang.... sekarang ni terlalu ramai manusia yang sudah menggangap kehidupan mereka satu trend. tapi manusia lupa nikmat Allah.

aku sedih melihat diri aku yang sudah terlalu tercemar dengan semua perkara ini... aku sedih dengan diri aku yang hampir buta dan hampir hanyut... aku sedih diri aku yang terpaksa menipu dengan diri sendiri... aku sedih kerana kenapa aku patut memikul beban dalam hati aku yang kecil ini....

di mana letaknya sekiranya aku gembira???? nak tahu jawapannya... hanya di syurga saja...

di dunia ini... aku tidak sedikit pun gembira dengan apa yang aku capai... kerana semuanya datang dengan niat tertentu... bukannya aku tidak bersyukur... satu hari nanti anda akan faham apakah mesej yang aku ingin sampaikan.... : )

No comments:

Post a Comment