Saturday, January 31, 2015

RUNGUTAN ATAU LUAHAN ATAU REALITI?

Asalamualaikum kepada pembaca pembaca budiman...


aku nak cete sikit mengenai diri aku yang selalu lupa dan nyanyuk...sebenarnya ada juga kaitan dengan pekerjaan yang aku buat sekarang... maklumlah...aku dah menjadi guru kelas 1a...

bercakap mengenai menjadi guru kelas...tanggung jawabnya amatlah berat... memang tak sesuai utk orang mcm aku ni sebab aku ni jenis yang pelupa dan cepat hilang ingatan...mana kan tidak... kalau org bagi aku buat kerja...aku akan buat kerja tu tapi aku akan melupakan kerja lain...

kadang2 aku tak tahu yang mana satu aku nak buat dulu...silap2 hari bulan...kalau wayar tercabut... nahhh ko gila di situ...


dalam keheningan malam ni... aku terfikirkan sesuatu...kenapa TUGAS GURU SAMA MACAM TUGAS PENGKERANIAN?... penat dan fed up dengan sistem skrg ...namun apa boleh buat... ini AMANAH SAHAM SATU MALAYSIA...kena pikul jugak...

dalam pada masa yg sama...mahu murid mempelajari sst..memantapkan sistem pendidikan...tetapi guru sekarang tidak melakukan kerja hakiki..tetapi kerja isi itu isi ini dan almost keja cikgu yang buat...aku pun tak tahu...senang ke susah jadi cikgu ni...

dalam benak dan fikiran aku...aku suka mengajar...malam2 aku akan buat rph dan abm supaya aku tak menyusahkan diri aku sendiri...manakan tidak..budak2 skrg semua nak kena suap...dan aku seolah2 mebentangkan kertas kerja kepada pelanggan2 aku esok...hampir ke setiap hari aku akan pastikan aku lengkap dengan abm dan ilmu!


tetapi di sebabkan sistem sekarang ini... cikgu menjadi banyak kerja... macam2 nak kena fikir...kadang2 benda akan dtg serentak...masa tu la mcm nak separuh gila...

membentuk satu benda yang boleh d pandang bukan senang...jadi cikgu bukan buat anda utk jadi glamour dan senang...tetapi banyak masalah yang akan berbangkit berikutan kita berhadapan dengan pelabagai karenah pelajar... ibarat...cikgu mcm tak pernah tidur kerana fikirkan pasal kerja...

aku mahu mengajar secara kreatif... tetapi bilik nak mengajar pun takde... aku megajar seni...tetapi hari2 aku akan bawa beg cam bangla naik kelas...

impian aku one day...aku mampu buat modul mengajar aku sendiri...aku tak nak jadi ketua panatia...aku just nak jadi guru biasa saja... aku tak kisah pasal pangkat mangkat ni...tapi aku kisah ialah kepuasan aku mengajar dan ramai murid2 aku boleh nampak berjaya dengan seni yang ada....

dalam kedinginan malam yang begini...aku ingin menjadi guru yang selalu mengingati sang pencipta...sebab setiap kali aku termenung...setiap kali itulah aku akan dapat idea yang mencurah curah...yang penting tak boleh di paksa...

selamat malam!

No comments:

Post a Comment