Friday, December 19, 2014

aku dan filem...

takde kena mengena langsung ngan gambar di atas... tetapi aku nak cerita jugak... (sambil bentak2 kaki kat meja)...

bila bercakap mengenai filem... segalanya bermula daripada teater... Ntah lah... aku ni jenis suka berkhayal... dan dalam aku berkhayal...aku suka cipta satu jalan cerita yang orang tak terfikir pun... bila inspirasi tu dtg...tetiba aku rasa aku nak adaptasikan ke dalam bentuk yang boleh org tgk... jadi terciptalah penceritaan ke dalam bentuk filem...

aku ni bukan nak jadi pengarah...tapi aku minat... banyak benda aku berlajar dalam penghasilan filem, music video dan sebagainya... seronok sebab kita bukan setakat berinteraksi dengan pelakon...tetapi jugak audien yang menonton cerita kita...

kalau buat cerita...pastikan audien menonton filem pendek kita berkali kali sampai muntah darah... that y orang yang buat filem kena kasi edit, lakonan mesti real dan yang penting...MESEJ dalam cerita kita tu tadi sampai....

kalau pelakon berlakon mcm minum air ketum, sinetografi dia kalah gempa bumi kat pompei, jalan cerita dia kita tak faham...waima sekali pun peralatan canggih...tak guna beb...yg penting,,, kita kena bagi soul kat filem pendek...

nak kata aku pandai dalam menghasilkan filem...tak jugak... aku banyak berlajar dari utube je...pas tu spend masa tgk wayang mcm pengarah... Bab bila tgk wayang...sesetengah orang tgk sambil "berpeluk peluk"...aku pulak berpeluk tubuh menghayati setiap inci jalan cerita... kalau aku cakap cerita ni 10/10.... maknanya pengarah dia sama tahap dengan pemikiran aku... (poyo sikit boleh )

kalau cerita tu aku bagi 7 atau 6... aku tak suka jalan cerita dia walaupun pelakon dia cantik... apa2 pun... ikut taste dan pendapat masing2... sebab aku tak percaya orang punya point of view...

kadang2 cerita dia nak masuk hospital sampai 1 jam pun orang ckp bagus... inikan pulak orang duduk termenung kat tandas sambil bermonolog pun orang sempat comment..."cantik nya tandas dia..."

kalau nak bercakap mengenai filem aku suka... aku suka filem animasi grafik... sebab TAK AKAN RUGI KALAU TGK... bagi aku...jalan cerita dia sangat best!...sesetengah orang dia tak suka... mcm kawan aku... aku ajak dia...dia cakap..."ko ni mcm bebudak la mijan"...abis tu yang buat filem tu bebudak lah???

then...aku suka tgk cerita fantasi dan magical... sebab aku suka effect dia...ala2 blink2 gitu...sebab masa kecik aku nak ada super power... another reason is... pengarah yang menghasilkan filem fantasi... mesti dia ni terlebih berkhyal sampai mencipta sesuatu dalam filem secara unik...

apa2 pun... nak buat satu babak bukan mudah... ramai kat luar sana mengkritik...cerita tu tak best... cerita ni biasa... tapi korang tak tahu kalau2 nak buat satu babak tu nak angkut camera bapak punya besar... nak ambil shot yang menarik...nak dapatkan audio yang cukup baik...dan nak jadikan pelakon tu menghidupkan wataknya...BUKAN SENANG....sebab nk buat filem kena ada SOUL...


aku pernah rasa buat iklan... dalam satu hari... aku pernah buat music video sampai dengar lagu jutaan kali semata mata nak menghayati maksud lagu... aku pernah buat filem pendek sampai aku mcm orang gila nak kejar pelakon dalam satu2 babak pegang camera....semua pernah rasa... tercirit terkincit terberak overdose....

kesimpulannya... kalau tgk filem ... pastikan kita ada minat dan kesabaran utk memahami jalan cerita... jangan tgk mcm mata ikan kering... sekian adanya....

No comments:

Post a Comment