Monday, June 3, 2013

aku rasa takut dengan kejayaan...

tajuk di atas pun dah pelik... tapi aku makin takut dengan nikmat dunia dan kesenangan yg aku dapat... bukan bermaksud kesenangan yang melapangkan dada... tapi kesenangan yang boleh menyebabkan kita riak dan takabur...

aku takut bila aku sombong dan berbangga diri.. aku tak pernah nak suka kalau aku berjaya... diluar mmg aku nampak suka... tapi dalam hati siapa yang tahu aku kerap menangis...

kadang2 aku melihat kawan2... aku risau. apa yang mereka fikirkan mengenai aku... walaupun adakalanya kita kadang2 betul... tak semua orang bleh terima kita... bagi aku, mmg iyer pun kalau ada sesetengah manusia tu benci kat kita kerana kejayaan kita...

dalam hati, tak pernah terlintas pun aku nak berbangga... dan aku bukan jenis yang mcm tu... kejayaan yang aku dapat, adalah di kongsi bersama dan kepuasan diri...

kalau aku nak cerita balik kisah aku yang dahulu... aku tidak ada peluang langsung untuk berjaya... bukan semua orang faham kalau aku dibuli dan di hina tanpa belas ehsan... sedikit pun aku tidak pernah tersenyum... yang aku tahu cuma menangis dalam hati...


bertapa bodoh dan hinanya aku dahulu.. aku bukan siapa2 di mata semua orang.... bahkan keluarga aku sendiri... aku sedih dan tiada siapa yang peduli... aku bangkits sendiri.. aku tiada kawan... mujur sekolah menengah aku ada sahabat baik...

sekarang, aku dah boleh merasai kejayaan... dan kejayaan itu aku kongsi sebab aku nak buktikan... yang aku mampu setanding dengan orang yang berjaya.... aku tidak pernah berjaya... dan inilah masanya... malangnya... semankin aku berjaya...semakin itu lah aku rasa takut... takut dengan riak dan bongkak...

aku selalu mengajar orang... kerana aku mahu buktikan yang aku bukan mijan yang dulu... aku sudah kuat ... apa yang menyebabkan aku sebak... aku merindui aku dahulu berbanding skrg... kadang2 ada baiknya kita diletakkan di tempat yang sepatutnya daripada berganjak... tapi anjakan paradigma kena ada...

ntahlah... aku mungkin keliru... kerana kejayaan di dunia bukan penentu kepada kejayaan di akhirat... akhir kata... aku mmg nk syurga... itu impian aku dari kecil  walaupun impian itu pernah diperlekehkan oleh kaan aku sendiri...

ibu... ayah... impian mijan sebagai seroang anak mu telah berubah... daripada takut, kepada berani... daripada bodoh kepada pandai... daripada pendiam... akhirnya aku boleh berbicara...

cuma satu aku minta ya Allah... jangan sesekali timbulkan rasa bongkak dalam diri... jadikan aku seorang yang sentiasa rendah diri dan selalu menyayangi sahabat yang berdekatan... ya Allah... kurniakan kawan2 ku pedoman... dan hadiahkan mereka kemenangan di dunia dan akhirat.. :) kepada ibu bapa aku... tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman seandainya tiba masanya....amin...

No comments:

Post a Comment