Tuesday, November 15, 2011

gumbiraaaaa

kenapa aku cakap mcm tu? sebab aku kadang2 tak memahami orang... tak mahu menilai baik buruk sebelum melakukan satu tindakan... aku cuba untuk memahami... setiap jiwa manusia... tapi adakah mereka sedar apa yang aku lakukan kerana aku menyayangi mereka??? tapi aku tertanya,,, siapa yang menyayangi aku? aku ingin sekali bertemu orang yang mcm tu.... mengambil berat pasal kita... menasihati kita... berfikiran matang.... seronoknya dapat kawan yang mcm tu...

dalam hati ni dan setiap hari... aku merasakan sebak bila orang yang kita sayang akan pergi secara perlahan. sebab manusia selalu cepat bosan... tapi terus terang aku katakan... aku tidak cepat bosan dengan orang... aku akan terus menyayangi orang itu walaupun dia pergi meninggalkn aku.... bertapa seksanya jiwa aku kerana ada jiwa yang suka pada orang tapi belum tentu lagi orang suka dekat kita...

terdetik dihati aku... aku tidak mahu mengambil berat.. tapi apakan daya itulah aku.... ak tidak dapat menipu diri sendiri.. apatah lagi org lain... sejujurnya aku mahu jadi org yang jujur.... aku bukan jenis yang hipokrit dengan apa yang aku rasa... namun bila kita terlalu menyayangi org... orang akan rimas dengan kita....

kenapa hati aku ni diduga dengan sedemikian rupa??? nak sayang rasa tak patut... tak nak sayang bukan diriku pula... sejujurnya aku bukan lah org tidak berhati perut... aku sayang ... dan hati aku penuh dengan perasaan... tapi ramai orang yang tidak perasan....

kehadiran aku ini... hanya Allah sahaja yang melihat... mungkin apa yang aku cakapkan ini... ramai yang menafikannya... tapi itu lah yang aku rasa.... sebelum aku mengundur diri... aku mahu ucapkan terima kasih kepada kawan sejatiku yang jatuh dan bangun bersama... yang sentiasa mengambil berat dan luah padaku... kerana kepercayaan nya terhadap ku.... :) aku bukan jenis yang senang dengan kebahagiaan tapi aku akan senang apabila ada orang yang meluahkan masalahnya pada ku... selagi aku boleh tolong... aku tolong dan jenis aku... aku tidak mahu kawan2 ku tergapai gapai tanpa tali.... akhir kata...

jadilah diri sendiri dan Allah itu sentiasa ada tidak kira susah ataupun senang.....

No comments:

Post a Comment