Wednesday, May 15, 2013

16 mei... hari paling sedih.

16 mei merupakan hari guru.... tapi tidak menjadi satu kepentingan buat ku apabila aku mengingat kembali tarikh ini. sangat pilu masa aku berada disekolah rendah. perit sakit... semua aku rasa kerana aku bukan budak yang bijak. aku tak pernah mendapat kawan dan aku sering dibuli.

aku masih ingat lagi tentang hari guru ini.  masa tu aku tak tahu apa nak bagi pada cikgu aku... mak aku cakap... ko ambil lah bunga plastik ros biru dekat atas meja tu. jadi aku ambik dan buat hadiah. setibanya aku di kelas... ramai kawan2 ku mempunyai hadiah yang besar2... mereka menunjuk nunjuk pada ku. dan aku sedar hadiah aku bukanlah seberapa. sekadar ada... aku tidak kisah semua tu

jadi masa sesi bagi hadiah tu... aku bagi dekat cikgu tu dengan perasaan takut. apa yang menyedihkan aku adalah. bila cikgu tu keluar mambawa hadiah...kawan aku cakap dekat aku...

"mijan cuba ko tgk kat luar tu"
"apa dia"
"tu kat tong samaph tu"

apa yang mengejutkan aku ialah... bunga ros aku yang tak seberapa itu dibuang ke dalam tong sampah...

masa tu, aku sedar siapa aku di mata seorang guru...
aku sedar aku kurang bijak
aku lihat diri aku dibuang dalam tong sampah
aku tidak mennagis, sedih dan tergamam
cuma aku takde perasaan yang dapat diungkapkan....

aku terfikir... hina sangatkah aku sebagai seorang murid yang kurang bijak... kenapa cikgu tu buang hadiah aku... apa salah aku....

aku tak pernah benci utk jadi manusia... aku tahu inilah yang mengajar aku jadi lebih tabah...dan kali ini... aku berdiri sebagai seorang guru...

alhamdulilah... aku berjaya menjadi manusia... apa yang dinilai oleh orang2 dulu ternyata meleset...
lihatlah... Allah ada rancnagan yang terbaik utk aku... ... terima kasih Allah.... cuma kenangan ini masih kekal dalam ingatan dan... setiap kali peristiwa ini kembali menghantui... setiap kali itulah aku mengalirkan air mata...dan bunga mawar menjadi petanda...

1 comment:

  1. Cikgu ko perlu motivasi tu... Tak perlu dinilai apa dan siapa yang beri... Penghargaan kepada usaha dia(pelajar) nak bagi cukup indah...

    ReplyDelete