bercakap pasal berubah ni... aku adalah salah satunya.... sebab aku manusia yang paling bodoh dalam dunia... aku terlalu lemah dalam akademik... dan memang tak pernah dapat kptsn yang baik apatah lagi top ten dalam kelas.... keinginan aku untuk berjaya... amatlah tipis sebab tiada sokongan moral langsung.... kalau anda baca blog yang lalu anda akan tahu kenapa....
so dalam mengenal erti perubahan dalam hidup, kita tidak perlu tunggu orang untuk mengubah diri kita... sebaliknya kita sendiri yang bangkit untuk berubah sebab apa2 hal pun diri sendiri yang akan merasa usaha diri sendiri. perubahan yang berlaku pada diri aku daripada bodoh kepada pandai ialah disebabkan KESEDARAN
sebab kalau dulu, aku langsung tiada kawan, cikgu-cikgu aku pun tak memandang aku sebagai perlajar harapan, di situ aku mengenal erti tabah dan sabar sebab aku sentiasa yakin Allah bersama aku... iman aku bukan perfect mana... tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik buat aku... kalau tidak kerana peristiwa itam yang berlaku pada ku... aku tidak akan berlajar erti sabar dan tabah dalam menjalani kehidupan.
KESEDARANyang berlaku pada aku sewaktu aku masuk sekolah menengah... Waktu itu aku nampak markah matematik aku naik mendadak... dan aku ada kawan... kawan baru yang sentiasa memberi sokongan padaku... aku bagaikan tidak percaya Allah bagi aku peluang untuk mengecapi kebahagiaan.... aku amat hargai wanita sebab dia orang lah penyinar hidup2 aku... sokongan dia orang memang menyakinkan aku untuk terus berjaya...
samapai di satu tahap di mana aku mula berlajar untuk menjadi pandai... segala pahit maung aku lupakan... kalau dulu semua rakan2 ku masa sekolah rendah , membuli aku, pandang rendah pada aku, cikgu aku melihat aku tiada harapan untuk berjaya... tapi aku tekad untuk lupakan segala yang berlaku... aku berani menanggung segala risiko sebab aku nak berjaya!
aku tempuhi segala dugaan yang melanda... aku tak kira aku kena jadi pandai... sehingga semua kelas memandang aku sebagai budak bijak.... masa tu bukan lah untuk aku meyombong diri... tetapi aku nak tunjukkan aku pun boleh jadi seperti mereka!
manusia boleh berubah.... aku boleh berubah... kenapa tidak anda? aku boleh tunjukkan buku rekod lama aku kat sekolah RENDAH kalau anda tidak percaya bertapa bodohnya aku.... aku hanya insan biasa... tetapi dengan kesedaran yang tercipta... aku yakin korang semua boleh untuk berubah....
dunia ni besar kalau kita tidak explore dunia ini... korang yang rugi... rugi dalam kehidupan yang sebenarnya bermakna... kalau dulu aku tak yakin akan dapat topi segi empat... tapi aku yakin aku akan memperolehinya kelak.. sebab aku teringat kata cikgu aku masa aku di tahun 4...
setiap daripada kamu akan ada topi segi empat... dan topi itu menanti....
kalau topi segi empat tu bertahta di kepala ku... kan ku tunjukkan pada kawan2 ku yang aku berjaya.!!!!!!!!!!!! yang aku berubah!!!!!!!! yang boleh jadi pandai!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment