dah berada kat rumah ni, aku asyik dengan berfikir. maklumlah sekarang tengah buat penulisan, perlu banyak ilham yang mencurah-curah. ilham tu sebenarnya datang daripada lagu, persahabatan, pengalaman dan hari -hari yang mendatang.
ilham tu la aku kumpul buat satu cerita yang menarik untuk dibaca. biasalah bukan senang untuk mencari ilham tanpa melalui realiti dunia sebenar. hari ni saja aku tidur dan rasa letih mengalahkan orang yang berkerja. mengelamun dan banyak meluahkan isi hati. tu lah kerja aku sehari-hari.
pukul 5... aku pun mengambil langkah untuk keluar dari rumah. rasa bosan teramat sangat, menjengah minda ku... melukis, takde mood, tiba-tiba tergerak hati aku nak baca novel yang berada di kerusi. huhuhu, bosan jugak. so aku pun keluar.
cuaca matahari yang pekat memancar, menganggu pandangan ku. panas yang teramat sangat. bukan seperti hari-hari biasa yang kadang-kadang berawan. tanpa mengendahkan cuaca aku pun just jalan menenangkan fikiran yang kusut.
sebelum tu, kawan aku mesej, kata tak jadi nak jalan. tapi aku biarkan aja kerana aku sendiri takde mood. so aku tenangkan fikiran aku meredah jalan yang berasap. panas bukan kepalang! bisik hatiku. tapi dalam pada masa yang sama cuaca seperti mahu hujan.
jauh disudut hati aku nak pergi jogging... tapi pakaian tak sesuai. so aku pergi ke satu tempat yang biasa orang berjogging pergi. tak jogging pun, berjalan memadai. tapi dengan matahari yang memancar tiada belas kasihan, mana mungkin aku nak jogging.
tiba di airport lama, aku parkingkan moto aku ikut suka. lantaklah mana aku nak letak, omel ku. aku pun jalan menyusuri jalan yang panjang tanpa sebarang halangan. cuma angin yang meniup sepoi-sepoi bahasa sambil rumput bergerak mengikut irama angin. tapi mata ku mengalih ke arah rumput kerana tidak tahan dengan matahari.
cahayanya boleh buat ku buta! tapi dengan biasan hari yang seakan memahami hati dan perasaanku, tersemat memori yang mengambil alih fikiranku. sikit demi sikit memoriku mengambil alih teringat pula kepada kawan lama yang sudah lama tidak bersua muka. maklumlah dah bertunang, kena jaga air muka.
perjalanan ku semakin lama semakin jauh meninggalkan motosikal ku. dan makin lama makin jauh juga aku mengelamun tanpa sebarang perasaan sambil memandang rumput yang damai ditiup angin. bisik hati ku seolah-olah sesuai dijadikan tempat untuk berlakon filem romantik. cuma lalangnya panjang sangat.
senyum sinis ku melihat rumput. tapi kalaulah aku pengarah filem, memang aku buat shooting dekat tempat ni. sungguh cantik dan kena dengan tema romantik yang aku cipta. hahaha...
akhirnya aku balik ke tempat moto ku. dengan tidak menoleh aku terus tunggang moto ku. kali ni aku nak pergi ke rumah kawan lamaku. lagi pun tempat yang aku pergi ni dekat je dengan rumah dia. dah alang-alang aku pergi jela tanpa menyoal. dalam pada masa yang sama, hati aku gementar sebab kali pertama rasanya aku pergi ke rumahnya seorang diri. biasanya aku akan pergi berteman tapi tidak kali ni.
arghhhh!!! aku peduli apa. apa nak jadi, jadi la. yang penting aku dah terlalu rindu dengan kawan ku. jadi aku pun pergi menyusuri jalan yang masih ku ingat bagaimana untuk kerumah dia. ermmmm nampaknya salah jalan lagi tapi kata hati ku rumahnya dah tak jauh.
hiruk pikuk kehidupan kampung semuanya ku pandang. baik yang tua sampailah ke muda, semuannya ku lihat. yang sedang berbasikal, bermoto, lepak memang itulah aktiviti penghuni kampung pada ketika itu. seolah-olah aku lah warga asing dikawasan itu sambil memerhati dengan penuh keraguan jalan mana ke rumah dia.
akhirnya jumpa juga. senyum seketika dan aku terus meluru dengan motoku. hari pun dah makin gelap. rasa teruja juga tapi takut pun ada. so aku berhentikan motoku dihadapan rumah dia. ermmm senyap jer aku tengok. cuma kereta kancil je yang ada tapi gate terbuka. tanpa peduli aku pun masuk tanpa segan silu. lagipun memang begitu caraku yang aku tak boleh ubah... hahaha.
"asalamualaikum" aku semakin menghampiri pintu utama yang terbuka luas. kelihatan tiada orang. pelik, tak semeriah dulu. ada orang ke tak ni bisik hati ku. "asalamualaikum" ujar ku berkali kali. tiada juga yang sahut. ermmm.. aku pun terus tunggu dihadapan rumah sambil memerhati budak yang bermain badminton dihadapan rumah.
ish!!!! mana dia ni... sesekali ada jugak aku terdengar bunyi tapi suara lelaki... ermmm ni mesti adik dia ni... "asalamualaikum" ...
walaikumusalam... cari siapa
dah agak dah. adik dia... minah ada?
ooo minah? dia jalan...
ohh okay tak pelah...
terus aku bla tanpa menoleh lagi... harapan aku pun pudar nak jumpa dia... muram seketika aku dibuatnya sebab teringin sangat nak jumpa...
tapi esok kan ada ujar ku dalam hati... tapi aku akan bersama niena kali ni yang menjadi teman aku sepanjang masa... dia sajalah yang menjadi peneman aku semasa di sibu ni... tanpa aku dan tanpa dia... apalah erti persahabatan yang tercipta sekian lama.
aku balik dengan memecut... ingin saja aku lupakan lamunan aku seketika. malam pun makin menjelma... solat maghrib pun kian hampir.... so aku harap esok boleh lah aku jumpa dia... ermmmm... kerana ada sesuatu yang menjadi hajatku
No comments:
Post a Comment