Sunday, June 19, 2011

what a happy day.


seronok nyer hari ni sebab dapat berjalan dengan kawan yang paling rapat.... rosninasarina ngan siti aminah... oh ye tak lupa juga pada kawan lama ku hazwan yang bakal melangsungkan pekahwinan dengan aminah tak lama lagi... romantiknyerrrr... (bila la aku nak berpunya)

semasa aku tido (tido lagi) tiba2 kedengaran bunyi tpon aku... arghhh!!!!!!!! mengacau je ! rungut ku. eh? niena? huhuhu ajak jalan la ni. kan ari ni memang dah janji. so dengan pantas aku siap-siap untuk turun. mandi dan gapai beg itam aku...

beberapa minit kemudian, seperti yang dijangkakan, ros dah pun sampai depan pintu. apa lagi aku pun pecut lah keluar. cuma aku kehairanan mengapa moto ros berubah jadi lain. bila di soal, kena trade in rupanya. tak pela at least ada transport untuk bergerak ke mana-mana hari ni.

so dalam fikiran aku, memang dah di rancang untuk jalan ke mana. apa kata kita pergi ke rumah minah dahulu, nanti aku belanja kau ayam penyet . kata ku kepada ros. ros tanpa fikir 2 kali okay saja. so dengan cuaca yang agak panas, aku pun menyindir., sejuk nya... kenapalah ko guna kereta. ros hanya tergelak saja dengan lawak ku.

akhirnya sampai ke destinasi... pada mulanya agak kekok sebab lama tak jumpa... teringin pula aku nak buat kejutan pada minah... tapi tak menjadi.. sesampainya kami di hadapan rumah. aku dan ros langsung tak masuk. lagi pun agak mengacau sebab hari ahad sememangnya hari untuk mereka berehat. so aku dan ros tunggu diluar sahaja memandangkan ada kerusi yang usang di luar. kami duduk dan cuba merancang mahu mengajak minah untuk keluar

akhirnya saat yang ditunggu, minah pun muncul,,,
Hai minah!!!!!!!!!! kau ni memang kick batu! kenapa lah ko tak jenguk kita orang. kok ye pun dah bertunang....
ala.. tak matinya kalau aku tak jenguk,,,

rasa rindu tergambar di hati sebab dah lama tak dengar suara dia... muka pun dah makin berisi.

dalam rancak kami berbual tiba2 bunyi kereta kedengaran. rupa rupanya hazwan baru datang. hazwan ni tunang kepada minah dan tak lama lagi dia orang kawin... haiiii bahagianya dia orang... aku ni bila lagi . bisik hati kecilku.

dengan buat muka yang garang, wan datang menerpa kami. aku mcm biasala, pantang diterpa aku terpa balik. wan ni kawan aku sekolah rendah. kami pulak suka bergurau senda. so dah alang-alang berempat, apa lagi go jalan la!!!!!!!!

so tempat yang kita orang jalan mula2 adalah medan mall... bosan gak le tapi kat situ aku survey komputer aplle... wuyoooo mahal tapi verstail... dah tu aku ngan ros jalan la sama.. minah ngan wan plak... bermesra mesraan 24 jam je... maklumlah dah nak ke jinjang pelamin

sambil2 tu sempat jugak tangkap gamba... hahahah gamba sticker... just for fun...

dah tu pergi pulak ke parkson... mcm biasala memang parkson jer yang besa kat sibu. tak de mall lain... mesti kat situ jugak pergi... perut pun lapar so kita orang beli la keropk di tibit... hehehe... dah lama tak beli keropok kat sana...

so kalau dah kat parkson apa lagi... jumpa nick ngan wan la... tak habesh2 kan... tapi tu la dinamakan kawan... semua orang nak ditegur... sampai mcm satu parkson macam keluarga... jangan tak tegur takut nanti dikata sombong... hahahaha... excited la juga jumpa dia orang... rasa rindu kat tempat kerja sebenarnya...

pas tu beli aiskirm.. lepak pulak kat dataran... mcm biasa... tapi cuaca kali ni teramat lah panas... tak tahn... so pergi pulak ke pulau ling hua... kat situ cuaca nya aman dan tenang... rumput2 yang ditiup angin... memang membuai rambut ku... cahaya yang sayup2 .. sememangnya merangsang daya imaginasi ku untuk berkarya.... wahhhh sungguh perfect tempat ni...

sambil2 mendapat ketenangan... kita orang apa lagi tangkap gambar banyak2...untuk dijadikan kenangan.. sapa lagi kalau aku ni yang tankap... kamera memang menjadi teman hidupku.. hehehe

so pas tu maghrib menjelma... aiyooo... dah malam... so kita orang pergi karok!!!!!!!!! gilos siot... aku karok tak ingat dunia... sungguh mengiur kan...sungguh drastik... walaupun suara hampehhh hahaha.. aku peduli apa asal dapat release album dan tension jadi la...

puas karok... balik le apa lagi... tapi jadual hari ni mmg full hehahaha... aku ngan ros plak g makan ayam penyet kat kedai bandung... hehehe...tapi minah ngan wan dah balik dah rumah.. esok dia kerja.. tak pe le.. aku ni penggangur .. suka ati aku la nak tdo kol brapa... wan pulak seminggu kat sini... maklumlah bertugas kat subang... ros pulak tak lama lagi balik poli...

k la adios... mmg sweeet memory la ngan member aku ni!



No comments:

Post a Comment