Monday, April 22, 2013

jauh dari sudut hati..

tajuk pun mcm tajuk sebuah buku novel... maklumlah, penulis novel... konok la... tapi tak pernah habis pun ... heheheh... tapi kalau berbicara mengenai hati... mungkin ramai yang tak tahu aku ada split personaliti...

orang tak kenal aku mmg cakap aku sombong... bukan aku tak tahu orang mengata aku dari belakang... daripada sumber2 yang boleh dipercayai... aku tak kisah semua tu... yg penting, ada jugak orang tak boleh tengok kita bahagia dengan anak bini...

manusia... mana2 pun rasa gelisah kalau melihat orang yang lebih bagus atau dia tak kenal sendiri dengan empunya badan... ngumpat dan memburukkan org lain... itulah kerja org yang dengki kat aku... aku adalah aku... takde kena mengena dengan hidup careka rama dia org... yg penting, ada duit bagi kat aku makan? ada cebok bontot aku? takde kan?? hahahaha...

dan aku tak kisah sebab apa yang mereka cakapkan itu tidak benar sama sekali... orang boleh andaian macam2... tapi ingat... jangan sampai fitnah iorang... fitnah tu lebih besar dosanya...

kalau kita tak nak mengata... kenapa kita tidak bertanya sendiri kepada empunya badan... betul ke ko ni sombunk? betul ko ni jahat? betul ke apa dia cakap tu? kenapa tak tanya direct... tu namanya PENAKUT.

so kalau berani, tanyalah pada empunya diri... jangan mulot seperti longkang. jaja cerita... walhal aib sendiri ntah2 lebih teruk lagi... aku tak de hak nak tutup mulut orang... tapi aku ada hak utk bercakap kalau dah melebih dan mencabar kesabaran aku...

manusia mana yang sempurna... cuba cerita sikit,... kalau nabi muhammad... aku percaya, tapi korang2... hah!!!! jangan la bajet bagus... dan aku tak pernah rasa aku bagus sangat... kalau rasa mcm tu ... tegur2 lah ye... aku sedia menerima pandangan...

sejujurnya... aku bukan peramah, aku seorang yang pendiam... bercakap bila perlu sahaja... then aku tak selesa kalau org yg baru kenal... kalau org yg aku kenal... lebih dari tu aku boleh... cakap pun mcm corong radio...

aku suka buat orang ketawa... dan kadang2 mulut aku tak bertapis... tapi itulah aku... aku jujur apa yang aku rasa sebab walaupun orang tak dapat terima kebenaran.. tp satu hari nanti jangan lah jadi orang yang menafikan benda yang halal... benda yang haram di makan..so aku bukan jenis yang hipokrit...

akhir kata, kalau nk kenal ngan aku... silakan... then baru boleh buat andaian... sama ada...ko boleh cakap aku sombong atau tidak...

Saturday, April 20, 2013

hobi buat video

tup tup tiba2 pula bergiat dalam industri perfileman... perghhh filem terus... mimpi di siang hari... tapi aku tak kisah sebab angan2 aku selalu jadi kenyataan... hahaha bukan poyo tapi, apa yang aku angan kan selalunya jadi kenyataan ... :)

bercakap pasal iklan pendek memang susah sikit la sebab nak fikirkan banyak benda... konsep, idea, dan kontent merupakan satu benda yang kena masuk ... tapi bagi aku... insyaAllah aku blh lakukan... berbekalkan semangat. dan pengetahuan aku yang secoet...

urmm bercakap pasal mana datang nya hobi membuat video..  rasanya memang aku minat kot... dalam hati aku... aku mahu rakamkan nya sebab aku mahu melihat kembali masa lalu... yelah, seolah-olah mcm diary aku... bila aku tgk dan meluahkan apa yg aku rasa... baru video yg aku buat tu hidup... hidup dengan makna...

kalau nak bercakap pasal ilmu dalam buat video... aku selalu tgk video... tu je.. then aku berlajar mcm mana nak rakam dengan baik...aku suka dengar music gak... kalau nak buat video, music sangat2 penting.

anyway, aku bergantung sepenuhnya pada penghayatan lagu dan konsep video yang aku bawa... buat video sebenarnya sangat best sebab kita buat cerita dengan air tangan sendiri... walaupun kita lemah dari sudut2 dalam pembikinan video... tapi kalau selalu buat video, insyaAllah, kemahirang itu dapat dibina...

dan aku merasakan, ayat aku kali ni sangat skema... sekian...


Friday, April 5, 2013

aku bukan siapa2 tanpa kalian


Art phobia merupakan satu produksi sulung buat kos aku untuk teater.... urmmm dicipta atas dasar mahu bergiat dalam bidang teater pula... bersempena dengan festival teater yang bakal tiba... haiii sengaja cari fasal tapi aku mengambil ini supaya aku rasa enjoy di upsi ni... nak ambik untuk tunjukkan bakat... mungkin... tapi aku ambil ini sebagai satu pengalaman hidup yang tak mungkin aku lupa...

memang dalam dunia ni, kita kena cari pengalaman, kena cari ilmu.. tapi dalam pada masa yang sama... aku mahu mendidik orang2 dalam artphobia ini sebagai seorang cikgu kelak... maklumlah, mencipta sebuah produksi ini, bukan mudah... orang indon kata... waduhhhh ekornyaaaa.... ekornya pasti tidak enak....

kenapa? sebab dalam artphobia ini, aku dan kita akan melatih bagaimana berkerja dalam kumpulan, memberi arahan dengan jelas, peka terhadapa situasi dan sebagainya... perjumpaan demi perjumpaan, latihan demi latihan, kita akan buat pasti mengundang seribu memori yang indah... perit, penat, sibuk, tawa, suka, nangis... pasti akan ada kelak...

artphobia... produksi tercipta... pengasasnya daripada 20 orang .... aku harap ia akan hidup dalam persada festival teater kelak... bercakap pasal teater, kita orang akan bawak teater :nyonya" dalam bahasa indonesia....

urmmm... dah lama jugak aku mengidam teater mcm ni... seoalah-olah, berlakon di cerita lama yang menggunakan bahasa indon klasik... mampu ke? tak mampu ke.. terserah dong ahhhh... yang penting. produksi ini insyaAllah bakal meletop gitu... letop sikit pun jadilah...

tanpa kalian, tanpa kawan2 produksi ini tak akan menjadi... mana boleh mengharapkan tenaga aku sorang... mampuih aku... gila kering aku nnt... tak bley tak bley... apa2 hal aku ceritakan perjalanan teater ini pada siri kedua... wahhh gitooo ada siri2 nya... 
contoh poster nyaaa....

Saturday, March 30, 2013

upsi kini

sekarang ni aku kat sem 8 dow... dah lama jugak aku tak update blog aku.. maklumlah projek juta2... jumpa client... tender lagi... hiiiii penat (hiiii = mengeluh ) Bercakap pasal sem 8... apa benda sem 8 tu? kalau dah upsi kiranya sikit lagi ko nak keluar... atau pun dalam bahasa sopan ... nak grade dah...

bila dah nak grade, Alhamdulilah sebab dah nak habis belajar... ko orang ingat senang ke study ni? kepala mcm nak meletop... kalau untung, waras... kalau tak untung, byk tanjung kat tanjung malim ni...

merapu la pulak aku ni yer.... biasalah, sem 8 ni byk benda yang nak kena buat. final project la katanyerrr.... pas tu kajian tesis katanyerrr... sibuk katanyerrrr... tapi aku tetap aku... aku buat sempoi2 jer .... yang terbaru, pengjaran viscom... urmmmm lagi lah... dah mcm final project kau....

bercakap pasal final project... aku sedikit tersentap la dengar harga kanvas mencecah ribuan ringgit... adoiyai... aku mcm nak terberak medengarnya.... kalau terkucil blh cover... ni terberak...

dah tu aku nak cekau duit kat mana??? kalau final project tu nilai dia cecah ribuan ringgit... bukan aku dapat untung pun... upsi yg dapat untung (macam la aku punya hebat sangat) tapi nak katanya kat sini... tak rela aku dengan harga yg sebegitu mahal... aku nak makan apa??!!!!cukup2 jer duit aku ni... dah la kat kat dewan kuo dia mahal... muka makcik kantin buat muka tak bersalah lah bagi satu cup rm 5 hengget... bukan sedap pun lauk... bla laaaa... pergghhhhh gurau jer makcik... terlebih pulak aku carut kat sini...

haishhhh kalau aku cari penaja dan ada penaja tak per lah jugak.. ni tajaan pun takde... harap mak bapa kat kampung... tak nak susahkan mereka...

bila dah sem 8 ni.... saat2 sedih mula dah terasa... maklumlah... dah nak berpisah... ngan kawan2... aku ni mana ada kawan sangat... tinggal seketul dua je kawan aku... tapi bila aku dah posting nnt... pandai2 la aku cari haluan sendiri... kawan2 buat masa ni penting... tapi bila dah habis belajar br ko tau air mata ko tu murahan....

okay2 lah... apa2 pun aku nak komplain nasi kat cafe mahal... uahuahauhuaha... komplain jangan tak komplain...
ni la muka aku yang suci... tapi hati tak berapa nak suci... comelll takkkkkkkkkk mcm kak ton??? comellllllllllllllll

Sunday, December 2, 2012

lama dah cheq tak update blogggg

hai u olss... apa khabar!!! lama dah tak upload blog.. maklumlah , sibuk dengan kilen sana sini, projek juta2 jer.. tak pernah i buat projek beribu. kalau projek beribu, baik i buat kandang kambing. takpun kandang lembu. eh,, merapu la pulak.. maklumlah, tengah cuti2 ni. kepala pun mamai. suka mimpi di siang hari. walaupun ak tak tidur.

bercakap pasal cuti ni.... korang ingat tak bosan ker??? bosan wooo... baik aku study kat u... sebab apa aku cakap mcm tu? sebab boleh pegang duit sendiri. nak lepak kat kl pon boleh. nak beli sana beli sini... jumpa kawan... semua tu kalau tak rasa, memang rugi... biasalah study life was very fun. kepada yang suka dan rindu nak balik kampung tu, memang tak boleh nak kata apa lah sebab rumah dia orang. tapi bukannya stick kat rumah pon balik kampung...

bila bercakap pasal cuti ni,... apa jer la aku boleh buat. tido makan berak la aku boleh buat dan mampu lakukan... urmmm selagi aku tak kerja... selagi tu la aku pakat meroyan kat fb... sapa la nak paham jiwa aku ni dik non... yang penting... aku tak hipokrit. aku peduli apa kalau org anggap aku macam2... takde kene mengena ngan dia orang. kalau bagi aku makan takper la jugak... nak kata aku ni kaki perasan ke...koya ke... apa aku duli...

eh ke situ pulak... sesaja nak tulis ni sebenarnya... kepada yang rajin membaca sahaja...

Tuesday, July 24, 2012

what do you expect


well semenjak aku menjadi guru pelatih dekat sekolah indera mahkota... aku rasa banyak pengalaman aku dapat. berhadapan dengan pelbagai komuniti... budak, guru... sesuatu yang baru buat ku.. 25 haribulan 7 dah 5 minggu aku kat sekolah ni... aku rasa seronok dengan sekolah yang aku ajar...

pendidikan seni.. subjek yang paling aku minat dan master.. sudah semestinya aku membawa satu perubahan kepada seni... dah tiba masanya.. aku jadikan mereka berkemahiran dalam seni.. seni sesuatu yang unik utk diperkembangkan.. utk di jadikan sebagai... panduan dalam hidup...

hahaha... seni mencakupi segalanya... dan itulah yang aku bagi makan kepada pelajar ku... wahhh rasa pelik mempunyai pelajar sendiri.. tetapi aku kan cikgu.. hehehe.... pengalaman mendewasakan kita... dan pelajar aku mendewasakan aku untuk berfikir dengan lebih matang..

budak nakal, pasif, aktif, semua aku suka... sikap mereka... minat mereka... aku rasa aku bersama dengan mereka... aku memandang mereka sebagai rebung yang perlu dilentur... perlu berlajar disiplin sebagai seorang manusia sebenarnya...

alhamdulilah setakat ni... mereka mula menanam minat dalam seni... bukan mudah... tapi itu la cabaran.. dan aku berjaya yakinkan mereka... kali ni aku betul2 rasa sebagai seorang khalifah... sebagai seorang pendidik... yang penting... hati aku yang mahukan mereka untuk terus berjaya...

Friday, June 1, 2012