Sunday, June 23, 2013

cinta itu mahal

CINTA.... itulah perkataan yang mahal bagi aku untuk bagikan pada sesiapa... maklumlah, cinta dan mecintai bukan mudah. ia memerlukan satu nafsu dan juga pengorbanan dalam mengenal erti setia dan kejujuran... MALANGnya bagi aku... aku tak pernah merasa cinta yang betul-betul cinta....

tipu kalau aku cakap aku tak suka orang... tapi untuk mencintai orang tu, jauh sekali... sebab cinta bagi aku satu kesetiaan yang tidak berbelah bahagi. memangnya cinta itu sangat sukar... ramai pula yang cakap... "tak payah nak bercinta dahulu... berlajar dulu". tapi hakikatnya, dari suka kepada cinta tak boleh di halang... halang la bagaimana sekali pun... itu sudah lumrah manusia... bertemu, kenal, memahami, meneliti dan menyintai...

tapi bagi aku... kisah cinta adalah satu angan yang sia2... aku naif mengenai cinta... walaupun aku tak pernah rasa cinta... tapi aku tahu, bila dah terikat, segala tindak tanduk kita akan diperhatikan... kita mesej ngan siapa, even jumpa pun... pergerakkan kita akan di kawal oleh orang yang menyanyangi kita... KESETIAAN dan KEJUJURAN merupakan kunci... tapi ramai yang cakap pada mulut,,, tidak pada hati kerana masih banyak pilihan yang dia mahu pilih...

ROSAK makna cinta itu kerana perkataan "BIASALAH..." kenapa? "BIASALAH KALAU BECINTA MESTI NAK CURANG.."  bagi aku... shut up kalau tak pandai nak MENGHARGAI pengorbanan orang.. hanya kerana dilukai... haruskah yang lain menjadi mangsa??? kejam namanya kalau meletakkan harapan yang tinggi tapi tidak merealisasikan apa yang diungkap...

aku pernah dalam dilema... sakit kerana menyintai orang yang tak menyintai kita lagi...SAKIT kerana menghargai dan setia pada orang yang tak setia pada kita lagi... BODOH? BANGGANG? BULLSHIT? memang lah orang cakap mcm tu sebab kebodohan untuk menyintai orang yang tak menyintai kita lagi... tapi adakah dia sedar yang dia pernah BERADA DI SITUASI YANG SAMA? manusia cepat lupa yang dia juga pernah meronta-ronta disebabkan cinta...

jawapan kepada persoalan ini ialah... ORANG YANG KENAL ERTI CINTA SAHAJA MAMPU UNTUK SETIA DAN INGAT KEPADA ORANG YANG MENINGGALKAN CINTA KERANA CINTA ITU HANYA SEKALI BUKAN UNTUK YANG KEDUA DAN YANG KETIGA. FITRAH MANUSIA HANYA MAMPU BERKATA TETAPI TIDAK PADA HATINYA KERANA NILAI DIRINYA SANGAT RENDAH APABILA MENYINTAI, DIA HILANG DUA PERKARA IAITU, SETIA DAN JUJUR. KALAU DIA SUDAH BERLAJAR UTK TIDAK SETIA... TIDAK MUSTAHIL DIA AKAN BERBUAT SEKALI LAGI... walaupun kita mencari... tetapi biarlah yang ditinggalkan itu betul2 bersedia utk ditinggalkan kerana rasa rindu dan memori yang manis tetap berlegar dalam fikiran...

kesimpulannya... CINTA ITU ADALAH SATU ANUGERAH YANG BUKAN TERLETAK PADA KATA TAPI PADA HATI...

Monday, June 3, 2013

lembaran baru...

setiap kehidupan perlu diketuk kesedarannya terhadap alam maya.... adakalanya kita terlalu leka dan alpa bahawa semua ini hanyalah sementara...

bila dikatakan SEMENTARA... setiap perjumpaan pasti ada perpisahan... yes! PERPISAHAN... saat itulah yang aku paling sedih sekali sebab bila bersama perlu berpisah...

banyak perkara yang bermain di minda aku skrg... ada orang tak sabar nak kuar drpd upsi ni... ada org gak yang mmg nak kekal kat upsi ni sampai sem 10... tapi aku... aku nak dekat dengan junior supaya aku boleh memberi sedikit ilmu dan terus belajar bersama dia orang...

tapi aku akan pergi juga meninggalkan upsi... dengan seribu kenangan yang manis ... dan sentiasa bermain diingatan... kesedihan kegembiraan.. semua dah rasa... minda pun dah terbuka... aku lebih yakin berbanding dahulu... mijan yang dulu dah takde... mijan yang dulu sangat pendiam, penakut, bodoh, asyik sedih dan murung... tapi mijan skrg telah berubah....

lembaran baru kian terasa... melangkah saja daripada upsi ni... ada banyak perkara yang aku kena fikir... nak cari duit... nak kerja dan sebagainya... mmg itu yang menghantui aku... tapi aku tetap yakin sebab aku mahu menjadi bisnes man satu hari kelak... aku nak jadi kaya dan mengejar cita2 aku yang aku pendam... aku nak sempurnakan kehidupan ibu bapa ku... aku nak berkongsi dengan apa yang aku ada... dan inilah janji aku...

aku mahu rampas kembali kesengsaraan aku yang berlanjutan semasa 12 tahun... aku mahu bahagia dengan apa yang aku rasa cukup sebagai seorang manusia... Allah dah bagi bakat... dan aku harap aku gunakan bakat itu sepenuhnya...

ya Allah... walaupun kau memberi aku bakat... aku rasa diri ku tetap hina dan bodoh disisi mu tuhan... aku adalah manusia yang masih jahil dan munafik... maafkan aku seandainya aku berbuat dosa tanpa sengaja... dan aku tahu... satu hari kelak aku akan ke rumah mu... ke makkah.. ak ingin mengadu sepuas puasnya... aku ingin mencari ketenangan d sana kelak... dan seandainya aku mati... tempatkanlah aku di kalangan orang2 yang beriman...

ya Allah.. kurniakan aku satu petunjukdan hidayah utk berjaya di dunia dan akhirat. niat aku... untuk menjadi seorang guru... dah Allah makbulkan... thanks Allah... masa kecik2... aku main isi je apa cita2 aku... bila dah besar... semua tu satu kenyataan... cikgu aku pernah cakap... satu hari nanti... korang ada topi segi empat... tapi aku tak yakin... sebab aku tak rasa pun akan masuk universiti sebaliknya kerja mcm orang lain...




apalah yang nak diharapakn budak yang berambut tempurung kelapa ni dulu ... tapi itu sudah berlalu... alhamdulilah... Allah jadikan sikap aku dan perwatakan jauh sekali berbeda.. namun, aku tak akan lupakan asal aku dan siapa aku...aku tetap mijan yang dulu... di luar nampak happy... di dalam tetap mijan yang dulu.. mijan yang sentiasa naif dan inginkan syurga dalam neraka.... :)

aku rasa takut dengan kejayaan...

tajuk di atas pun dah pelik... tapi aku makin takut dengan nikmat dunia dan kesenangan yg aku dapat... bukan bermaksud kesenangan yang melapangkan dada... tapi kesenangan yang boleh menyebabkan kita riak dan takabur...

aku takut bila aku sombong dan berbangga diri.. aku tak pernah nak suka kalau aku berjaya... diluar mmg aku nampak suka... tapi dalam hati siapa yang tahu aku kerap menangis...

kadang2 aku melihat kawan2... aku risau. apa yang mereka fikirkan mengenai aku... walaupun adakalanya kita kadang2 betul... tak semua orang bleh terima kita... bagi aku, mmg iyer pun kalau ada sesetengah manusia tu benci kat kita kerana kejayaan kita...

dalam hati, tak pernah terlintas pun aku nak berbangga... dan aku bukan jenis yang mcm tu... kejayaan yang aku dapat, adalah di kongsi bersama dan kepuasan diri...

kalau aku nak cerita balik kisah aku yang dahulu... aku tidak ada peluang langsung untuk berjaya... bukan semua orang faham kalau aku dibuli dan di hina tanpa belas ehsan... sedikit pun aku tidak pernah tersenyum... yang aku tahu cuma menangis dalam hati...


bertapa bodoh dan hinanya aku dahulu.. aku bukan siapa2 di mata semua orang.... bahkan keluarga aku sendiri... aku sedih dan tiada siapa yang peduli... aku bangkits sendiri.. aku tiada kawan... mujur sekolah menengah aku ada sahabat baik...

sekarang, aku dah boleh merasai kejayaan... dan kejayaan itu aku kongsi sebab aku nak buktikan... yang aku mampu setanding dengan orang yang berjaya.... aku tidak pernah berjaya... dan inilah masanya... malangnya... semankin aku berjaya...semakin itu lah aku rasa takut... takut dengan riak dan bongkak...

aku selalu mengajar orang... kerana aku mahu buktikan yang aku bukan mijan yang dulu... aku sudah kuat ... apa yang menyebabkan aku sebak... aku merindui aku dahulu berbanding skrg... kadang2 ada baiknya kita diletakkan di tempat yang sepatutnya daripada berganjak... tapi anjakan paradigma kena ada...

ntahlah... aku mungkin keliru... kerana kejayaan di dunia bukan penentu kepada kejayaan di akhirat... akhir kata... aku mmg nk syurga... itu impian aku dari kecil  walaupun impian itu pernah diperlekehkan oleh kaan aku sendiri...

ibu... ayah... impian mijan sebagai seroang anak mu telah berubah... daripada takut, kepada berani... daripada bodoh kepada pandai... daripada pendiam... akhirnya aku boleh berbicara...

cuma satu aku minta ya Allah... jangan sesekali timbulkan rasa bongkak dalam diri... jadikan aku seorang yang sentiasa rendah diri dan selalu menyayangi sahabat yang berdekatan... ya Allah... kurniakan kawan2 ku pedoman... dan hadiahkan mereka kemenangan di dunia dan akhirat.. :) kepada ibu bapa aku... tempatkan mereka di kalangan orang2 yang beriman seandainya tiba masanya....amin...