Friday, September 30, 2011

dalam penilitian ke akhir zaman


banyak orang telah tandus akalnya untuk berfikir. untuk melihat. untuk mendengar lagi sesuatu yang baik. bak kata kawan aku secara gurau-gurau... "dunia ini bukan tempat untuk orang baik lagi dah. hehehe aku tersipu ...

hakikatnya memang betul... apa yang dilihat baik. semua akan dilihat jahat.. sebenarnya hati manusia ada lagi yang terselindung dibalik kebenaran... kadang2 kita rasa kita betul dengan apa yang kita buat... tapi hakikatnya kita kufur dengan sesuatu atau terlepas pandang dengan perbuatan kita yang dikata baik.

niat menghalalkan cara. ini satu lagi statement semasa aku kerja di parkson... memang besar erti niat kita untuk melaksanakan sesuatu perbuatan... berpunca dari niat lah kita melakukan sesuatu perkara sama ada baik atau buruk... bagi aku... niat kita kalau terpesong sedikit.... Allah akan bagi satu kekufuran atau selamatkan kita...

jangan mudah leka dengan apa yang kita miliki sekarang... orang sekarang inginkan pekerjaan. inginkan harta... inginkan sesuatu yang luar biasa... tapi macam mana kita nak dapatkannya??? kalau tidak dengan niat yang kadang2 terpesong??? tanya sama hati lah... orang sekarang selalu ambil jalan mudah dan tidak pernah memikirkan satu kesan untuk jangka masa panjang.

bahagia sekarang ini bukan bermakna anda bahagia selamanya... sedangkan laki bini boleh bergaduh walaupun sekian lama bersama inikan pula kawan atau sahabat. bahagia kita sebenarnya terletak pada pemikiran kita sendiri untuk bebas dari bellengu dunia... anda ingat anda bebas dengan bahagia di dunia??? jangan mimpi la selagi anda di kawal oleh satu sistem yang kurang dilihat tetapi berkesan.

buat apa kita nak fikir benda ini? benda itu? sebab anda di ajar untuk MALAS BERFIKIR. manusia sekarang mahukan yang terbaik. tetapi masih dibawah separuh sedar akan orang yang di sekeliling meracuni fikiran kita. walaupun anda cuba berbuat baik... anda akan tetap dipandang jahat... tak payah lah... kalau anda diam... dikata sombong. walhal diam adalah lebih baik dari kita bercakap dengan perkara yang tidak penting.

manusia sudah jauh ditelan arus kemodenan... ditelan dari segi pemikiran. dan masih mencari identiti tanpa melihat sapa diri sendiri lagi. orang nak kuat, dia nak kuat, orang nak tu. dia nak tu. sebab anda bukan lah khalifah yang terbaik. sebab itu anda sentiasa melihat semua perkara dengan mudah. adakah anda yang terbaik jikalau dalam kita bercakap dan bermesra tidak menyentuh langsung pasal agama???? fikir fikirkan lah... anda boleh ketawa... anda boleh bergurau... anda boleh berjenaka... tetapi jadilah yang sentiasa menasihati kepada kebenaran yang dunia ini makin hampir ke akhir zaman kawan2 ku...

satu soalan sahaja.... anda pilih ibu bapa atau Allah? ...di situ akan teruji keimanan wahai kawan2 ku.

Tuesday, September 27, 2011

pernahkah anda???


pernahkah anda rasa ... hati yang kecil menyimpan pelbagai perasaan suka, duka, benci, geram, sedih, kosong? dalam satu2 masa? well aku lah orang nya.... memang org nampak aku biasa je... tapi hati tidak boleh dilihat... perasaan yang bercampur baur... adakalnya sedih... lepas tu gembira, lepas tu sedih balik... mungkin disini aku nak terangkan kenapa...

hidup dalam zaman ini jangan anggap ia sebagai satu trend hidup... orang mungkin melihat segalanya positif. tapi sedar atau tidak... kita masih di takuk yang lama... dan selalu meniru budaya orang lain. mungkin anda tak faham dengan situasi yang bakal aku ceritakan tetapi... bila mana kita berpegang tangan dengan perempuan.... adakah itu cara hidup orang islam?


nampak kita boleh bersuka. gembira. tapi adakah anda mengerti itu merupakan satu dosa? aku sedih melihat dunia zaman sekarang yang makin tabsub dengan diri sendiri... adakalanya hati pun mula hipokrit untuk menerima segalanya secara bulat2... walhal diri anda itu belum bersedia. di mana2 sekali pun yang baik nampak jahat. dan yang jahat nampak baik.

dunia makin uzur dengan tingkah laku manusia yang tidak memandang sapa pencipta kita... manusia sekarang sudah lali. baik dari segi pengaruh yang datang... manusia tidak sedar yang jiwa mereka dirosakan... ada apa pada kemerdekaan kalau jiwa masih mengikut telunjuk penjajah???

tengok sahaja la sekarang... sebaik mana pun kamu... belum tentu anda tidak berbuat maksiat dari belakang.... sekarang ni terlalu ramai manusia yang sudah menggangap kehidupan mereka satu trend. tapi manusia lupa nikmat Allah.

aku sedih melihat diri aku yang sudah terlalu tercemar dengan semua perkara ini... aku sedih dengan diri aku yang hampir buta dan hampir hanyut... aku sedih diri aku yang terpaksa menipu dengan diri sendiri... aku sedih kerana kenapa aku patut memikul beban dalam hati aku yang kecil ini....

di mana letaknya sekiranya aku gembira???? nak tahu jawapannya... hanya di syurga saja...

di dunia ini... aku tidak sedikit pun gembira dengan apa yang aku capai... kerana semuanya datang dengan niat tertentu... bukannya aku tidak bersyukur... satu hari nanti anda akan faham apakah mesej yang aku ingin sampaikan.... : )

Wednesday, September 21, 2011

first week as a student

terlalu banyak kerja yang aku perlu lakukan... menjengah ke alam study... memang sesuatu yang menyeronokkan... namun disebalik pencarian aku terhadap ilmu... aku selalu termenung memerhati gelagat manusia yang begitu seronok dengan apa yang dimiliki... memang itu la perasaan yang aku nampak pada setiap budak baru yang datang sebagai penuntut baru....

walaupun mereka seoronok... tetapi mereka tak tahu bahawasanya banyak kerja yang akan menanti.... sebagai seorang mahasiswa pulak tu... jangan memain hehehe...

sem ni aku ambik batik dan tembikar... boleh kiok jugak aku dibuatnya... dengan tugasan yang dikatakan akan mencabar minda... boleh lah kot... insya Allah aku boleh lakukan... dengan gigih dan semangat yang ada ni.... dengan doa dari ibu bapa ku.... Insya Allah semua akan berjalan dengan lancar... samapi cuti semester...

kawan2 ku yang aku rindui... rosninasarina... siti aminah... i love u... doakan kejayaan kawanmu ini ... kini aku rasa kesepian tanpa kehadiaran korang di sisi... huhuhuhu (mengelap air mata). aku rasa best sangat masa cuti dengan korang hari tu.... hehehe...

apa yang best... rakan sebilik ku... sik saypul ,,, dia yang paling banyak membuat aku ketawa... aku rasa sem ni jadi sem yang kepoh... hahahah... seronok sangat... dialah peneman aku dikala aku sedih... hehehe.. pul..pulll.... di antara kita takde rasia lagi dah hahaha.... zuki ngan shidi kat tingkat atas...

walaupun sem ni sebilik dengan geng yang giler2... tapi serumah pulak dengan abang2 senior... huaaaa... berkurung dalam bilik jela jawabnya.... aku ngan epul dah sepakat... apa2 benda yang melibatkan barang2 dapur..simpan kat dalam bilik... tak leh pinjam... kalau pinjam bahaya oowwww... hahahaha....

uyut dan kak dila... miss u... dalam hati ini.... aku rindu mereka berdua... cyla also... hehehe.... anang ndak baca mau blog ku tok.... apa2 jer pasal diriku ini kalau dirimu mahu tahu... love u ollssss.... hehehe.... nanti i bawak ole2... untuk dirimu bertiga... nanti kita lepak2... makan2... jalan2.... hehehehe..... muah muah...


haiiii... rasa macam kejap jer cuti ni... bila nak cuti ni... cuti puas2!!! kalau berlajar.. berlajar puas!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahahaah adios

Thursday, September 15, 2011

cinta terlalu mahal


pernahkah anda rasa anda berseorangan di waktu anda bergembira? itulah satu ungkapan bagi seorang insan yang mempunyai naluri yang berlainan... satu perasaan yang sukar diungkapkan... perasaan itu masing2 diri sendiri yang tahu dan mempunyai pelbagai defenisi mereka yang berbeza untuk mereka taksirkan...

dalam menjengah realiti... sapa sangka cinta itu adakalanya terlalu mahal... kita mahu menyanyangi... tetapi akhirnya kita dibenci... kita mahu mengasihi... akhirnya kita disingkirkan... kerana? satu perasaan yang orang sebut sebagai cinta...

cinta merupakan satu anugerah... cinta bukan boleh dibuat main... cinta merupakan subjektif... kita cinta kepada ibu bapa, kawan2 dansahabat handai... tetapi bagaimana pula cinta orang yang songsang? orang hanya tahu menyalahkan tetapi bagi insan yang bergelar bisexual... atau gay... cinta terhadap mereka terlalu mahal... terlalu rumit... terlalu melawan takdir...

bagaimana pula kalau insan itu disalah ertikan cinta mereka? hanya kerana dia mahu berkawan... tetapi dianggap ingin bercinta? semua itu terletak pada niat kita sendiri. tetapi bukan semua orang tahu akan orang yang merana kerana perasaan cinta bukan diluah pada sepatutnya? manusia kini kurang sedar... cinta satu perkara yang dipermudahkan

cinta kerana nafsu? cinta kerana suka? adalah satu perkara yang berlainan... tetapi cinta kerana sayang... adalah benda yang terlalu mahal sehinggakan orang yang benar2 beriiman sahaja dapat cinta yang kekal abadi...

jangan anggap cinta itu mudah dikecapi kerana... sekali sahaja niat anda terpesong... anda akan disisihkan... sekali anda berniat untuk bernafsu.... anda akan menjadi seorang yang hipokrit terhadap cinta sampai bila2 kerana cinta itu mahal. so hargailah orang yang memberikan cinta atau sayang terhadap kita... kerana cinta itu terlalu mahal. tiada orang didunia ini sanggup memberikan kebahagiaan kepada kita kalau tanpa perasaan CINTA.

Tuesday, September 13, 2011

kesakitan yang membawa hikmah


di sebalik keceriaan seseorang, ada duga yang menanti... dugaan yang selalu aku gambarkan dalam air mata aku... dan dugaan ku... yang tiada orang tahu...

kalaupun ada orang tahu.... kalau pun ada orang mengambil berat... orang itu merupakan satu dalam sejuta... siapa sangka... aku disisihkan daripada kasih sayang akhirnya? siapa sangka aku akan mula tiada disisi mereka?

mereka tidak akan sedar kewujudan aku lagi... kerana aku tidak berbaloi dalam segala hal... kerana aku sangat menyakiti hati semua pihak... ya! aku tahu.. aku pentingkan diri sendiri! tetapi siapa dalam dunia ini siapa sanggup melihat orang lain gembira sedangkan kita bersendirian? siapa?

keperitan yang aku alami dari dulu... bukan lah sesuatu yang aku pinta... yang aku jadikan panduan hidup tetapi ia merupakan satu corak hidup yang terpaksa aku pikul...

orang hanya tahu menyalahkan aku sebagai parasit... tetapi dalam hati aku... ingin sekali aku bertemu... sahabat yang sentiasa tahu akan masalah aku... dan aku tahu apa masalah dia.... mungkin aku bukannlah insan yang normal... tetapi jauh di sudut hati aku mencuba lagi dan terus mencuba...

takdir yang terpaksa aku terima... dan lakukan merupakan takdir yang aku terpaksa kuat untuk pikul... dalam kehidupan aku... aku gembira... tetapi sedih.... aku suka berkawan tetapi akan ada aku berseorangan... aku sukakan perhatian tetapi aku akan mengendahkannya... aku sukakan teman cuma adakalanya aku akan suka bersendirian...perit, sakit dengan perasaan ini.... siapa yang tahu???? siapa yang menduga????

orang lain mampu menulis blog masing2 mengenai kawan2 mereka... tetapi aku? aku menulis tentang mereka.. tetapi tidak sikit pun cerita aku di tuliskan.... aku hanya tahu membaca apa yang di kabar... tetapi berita mengenai aku langsung tidak di ambil peduli,,, adakah aku seorang mannusia yang hina dari dulu sampai sekarang??

sekarang ini... mungkin aku terlalu mengambil berat dan tahu semua orang... dan esok2 akuu takut aku akan berubah menjadi seorang yang hati kering.. dan peduli apa dengan semua orang....

dalam dunia... yang pastinya hati aku sengsara... cuma aku harapkan kebahagiaan di akhirat saja... air mata aku sentiasa mengalir di bumi... ttetapi bila aku tiada... adakah orang akan mengalirkan air mata utk aku?? sudah tentu ya sebab masa tu aku dah tak de,, baru mengenang apa yang aku lakukan terhadap mereka... manusia memang begitu pentingkan diri sendiri.

yang penting sekarang... aku akan mula berdiam diri... aku ingin menjenguk satu dunia yang lebih baru.... dunia yang akan aku cipta sendiri.... hahahahahahahahahahaha..... wait n ceee

Monday, September 12, 2011

nothing but less

aku kurang dalam segalanya... aku buta menilai sesuatu... tapi adakah mereka sedar yang aku ni seorang manusia yang penuh dengan kesedihan?

kesedihan bukan pilihan... kesedihan bukan dibuat-buat... tetapi kesedihan yang terpaksa aku tanggung sampai ke akhir hayat....

sampai bila aku menajdi seorang yang pengalah... aku sentiasa menyalahkan diri aku... tetapi siapa yang memandang semua itu? aku tidak harapkan cuma... akan ada tangan yang menolong aku di saat aku sedih...

bukan aku memaksa... bukan aku meminta... cuma aku harap mereka faham... dengan jujur aku bercakap.. bukan senang untuk membawa watak yang diduga setiap hari dengan perasaan yang bercelaru...

aku sentiasa mengikut dan terikut... aku sentiasa menangis dalam kesakitan... walaupun ia nya tidak dilihat... adakah orang akan ambil peduli? jauh sekali...

ada orang bercakap aku pentingkan diri sendiri... aku suka mengungkit... suka menyakitkan hati... tapi adakah dia sedar mengapa aku macamtu? aku tahu aku pentingkan diri kerana aku nak perhatian...

manusia takan faham dan sedar akan sesuatu perkara melainkan perkara itu memaksa mereka untuk memahami... kesakitan perasaan aku ketika bersama manusia.... memang sukar diungkap kerana diri aku sahaja yang tahu... siapa aku....

moga satu hari... kalaupun aku mula dipandang... aku akan mengambil langkah berjaga-jaga.... semua ini ada hikmahnya... ada hikmah yang sangat mendalam.... cuma aku mahu orang gembira... biar aku sedih dan berduka... tapi selagi aku ada perasaan... selagi itulah aku tetap menyayang....